Label 10

Home » » ROYALTI MINYAK KELANTAN !! KERAJAAN BN...AMBO NOK DUIT AMBO...!! INI FAKTA !!

ROYALTI MINYAK KELANTAN !! KERAJAAN BN...AMBO NOK DUIT AMBO...!! INI FAKTA !!

Written By AAKJ on Thursday, October 4, 2012 | 9:00 AM




1.      Pakatan Rakyat mahupun penyokongnya selalu memberi label kepada kerajaan
       pusat yang dikuasai Barisan Nasional. Diantara label yang sering diberikan 

2.      adalah “merampas hak rakyat”, “zalim”,”mencuri” dan pelbagai label yang lain. 

3.      Apabila ditanya apakah bukti yang menunjukkan Kerajaan BN ini “zalim” atau
     “merampas hak rakyat”, diantara jawapan yang diberikan adalah merujuk kpd
      isu royalty minyak Kelantan yang kononnya dirampas oleh kerajaan pusat.

4.      Dakwaan dan tohmahan ini dibuat dan disebarkan dan disertakan dengan 
      fakta-fakta sekerat sehingga banyak pihak yang tertipu dan terpedaya. 
      Malah ada yang bergelar ustaz pun terpedaya dan turut sama menyebarkan 
      kecaman-kecaman serupa tanpa berfikir dan mencari kebenaran

5.      Blog ini, semenjak awal kemunculannya telah menekankan betapa
      pentingnya setiap individu mencari kebenaran sebelum percaya dengan
      segala dakwaan terutama apabila ianya datang dari orang politik.
      Ini kerana sesetengah pihak gemar mewujudkan persepsi negative
      yang membawa kepada politik kebencian.

6.      Kembali kepada isu royalty minyak. Mari kita lihat satu persatu 
      dakwaan mereka dan kita bandingkan dengan fakta kebenaran. 
      Dakwaan-dakwaan ini saya petik daripada NGO Gerakan Bertindak
       Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) dan beberapa media/blog pro-pembangkang.

Dakwaan 1

Akta Kemajuan Petroleum 1974 dibentuk di Parlimen menggantikan 
Odinan Darurat 1969. Seksyen 13 (1) Akta Darurat Kuasa-kuasa Perlu 
79 telah pun memansuhkan penggunaaan pemakaian ordinan darurat
 kuasa-kuasa perlu 1969 dan oleh itu ordinan tersebut adalah tidak relevan.

Jawapan

1.      Ordinan Darurat 1969 tidak pernah dimansuhkan sehinggalah pada 
      24 November 2011. Ini lanjutan daripada pengumuman PM bahawa
      beberapa proklamasi darurat termasuk yang berkaitan dengan Akta ISA
      akan dimansuhkan. Oleh itu pada 24 November 2011 dan 20 December 2011,
      ordinan darurat tersebut telah dimansuhkan oleh Dewan Rakyat 
      dan Dewan Negara. Sehubungan dengan itu, Ordinan Darurat 
      (Kuasa-kuasa Perlu) no.7, 1969 yang menjelaskan pensempadanan 
      wilayah perairan (territorial waters) juga tidak sah dalam masa 6 bulan 
      dari tarikh pemansuhan ordinan ini kecuali sekiranya sesuatu dilakukan 
      sebelum tamat tempoh ini.

2.      Lanjutan daripda pemansuhan ordinan ini, pada 18 June 2012, 
      YDP Agong berkenan meluluskan AKTA 750 (Territorial Sea Act 2012) 
      dan di gazetkan pada 22 June 2012.

3.      Perhatikan, bahawa Akta 750 ini diluluskan sebelum berakhirnya 
      tempoh 6 bulan berkuatkuasanya pemansuhan ordinan darurat 1969.

4.      Akta 750, berkenaan dengan `territorial waters’ juga menulis perkara 
      yang sama seperti didalam ordinan darurat 1969. Rujuk Rajah 1

5.      Kenapa akta ini penting ?  Ini kerana, akta ini menerangkan berkenaan
      apa yang dimaksudkan oleh territorial waters seperti yang terkandung 
      dalam Kanun Tanah Negara 1965.

6.      Kenapa perlu rujuk Kanun Tanah Negara ? Ini kerana, Kanun Tanah Negara
      menjelaskan berkenaan `Tanah Negeri’ yang tidak terdapat dalam 
      Akta Petroleum 1974.

7.      Bukankah Akta Petroleum 1974 dah cukup? Akta Petroleum 1974 
      adalah hanya untuk penyerahan hak eksplorasi,eksploitasi dan carigali
      kepada Petronas.Sebagaimana Malaysia memberikan hak tersebut  
      kepada Petronas, demikian jugalah kerajaan negeri memberi hak 
      eksplorasi dan carigali kepada Petronas (tanpa boleh batal).

8.      Bukankah penyerahan hak oleh kerajaan negeri bermakna 
      hak tersebut pada asalnya adalah hak kerajaan negeri dan 
      Petronas diminta membayar tunai? Hak yang diberikan oleh
      kerajaan negeri adalah kawasan yang merupakan hak kerajaan 
      negeri atau sempadan yang dimiliki oleh negeri. Untuk kawasan
      yang bukan hak kerajaan negeri, hak kepada Petronas diberikan 
      oleh Kerajaan Pusat.

9.      Macam mana nak tahu hak wilayah kerajaan negeri?
      Hak kerajaan negeri termaktub dibawah Kanun Tanah Negara 1965. 
      Sila rujuk definasi `Tanah Negeri' pada rajah 2.























    Definasi `Tanah Negeri' berdasarkan Kanun Tanah Negara 1965

Rajah 2: Sebahagian dari Kanun Tanah Negara 1965















Sila perhatikan ayat yang di `bold’ kan. Ianya tertulis territorial waters. Penjelasan 
mengenai `territorial waters’ ini dirujuk kepada Ordinan Darurat 1969 
(sebelum pemansuhan) dan akta 750(selepas pemansuhan) seperti 
yang dijelaskan diatas.

Kesimpulan untuk dakwaan ini

  • Ordinan Darurat 1969 tidak dimansuhkan sehinggalah pada November 2011 dan untuk undang-undang mengenai `territorial waters’, ianya digantikan oleh Akta 750 yang digazetkan pada Jun 2012
  • Akta Petroleum adalah penyerahan hak oleh Kerajaan Malaysia dan Negeri-negeri kpd Petronas untuk operasi eksplorasi dan carigali.
  • Hak milik negeri adalah kawasan didalam sempadan negeri yang merangkumi perairan wilayah yang bermaksud jaraknya yang tidak melebihi 3 batu nautika daripada paras surut air.


Dakwaan 2 
Pada 9 Mei 1975 - Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian 
di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut bertajuk,
“Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum”. 
Beberapa buah negeri telah menandatangi perjanjian dengan PETRONAS 
dan Kerajaan Malaysia menyerahkan hak mereka dengan PETRONAS 
dijanjikan akan membayar sebanyak 5% secara tunai dari hasil Petroleum 
dan Gas Asli terus kepada Negeri-Negeri tersebut. 

Jawapan

1.  Seperti yang diterangkan diatas, perjanjian dibawah Akta Petroleum 1974 
     (akta 144) adalah untuk Malaysiadan negeri-negeri menyerahkan hak
     eksplorasi dan mencarigali kepada Petronas.

2.  Tidak ada disebut perkataan 5% didalam akta ini.Yang disebut adalah
    `bayaran tunai’ kepada negeri. Bayaran ini diberikan sekiranya eksplorasi 
     dan carigali ini berlaku di pantai (onshore) atau dilluar pantai (offshore). 
     Rujuk petikan perjanjian pada rajah 3. Perhatikan perkataan pantai 
    dan diluar pantai.



Rajah 3: Petikan Perjanjian Akta Petroleum 1974


Dakwaan 3

Jarak 150km dari Kota Bharu ke kawasan pengeluaran minyak & gas di JDA tetapi 
paip menyalurkan minyak didaratkan ke Songla yang jaraknya 260km dari JDA
 (beza 110km) - Penafian HAK Kelantan buat kali pertama!

Jawapan

JDA adalah kawasan usahasama antara Kerajaan Malaysia dengan 
kerajaan Negara Lain, sebgai contoh kerajaan Thailand. Pemilihan 
tempat pendaratan minyak untuk kawasan yang dikongsi bersama
 perlulah mempunyai kesepakatan ataupun `win-win situation’.Ianya adalah 
melibatkan hubungan antara dua Negara iaitu Malaysia dan Thailand, 
oleh itu dalam hubungan dua hala antara dua Negara, pendekatan 
yang membawa kepada usahasama dua Negara perlu diutamakan.



Dakwaan 4

Sekali lagi hak Negeri Kelantan ingin dinafikan oleh Kerajaan Persekutuan 
dengan mendaratkan minyak Kelantan ke Terengganu.

Jawapan 

1.  Minyak tersebut bukan hak Negeri Kelantan mahupun Negeri Terengganu. 
     Sila rujuk jawapan diatas.

2. Petronas adalah sebuah entity perniagaan dan sebagai sebuah Syarikat 
    yang besar dan mempunyai keupayaan menjalankan perniagaan dengan
    begitu cemerlang sudah tentu memilih jalan yang boleh membawa 
    keuntungan kepada mereka. Mustahil, Petronas akan memilih
    pendekatan yang membawa kerugian. Sudah semestinya, 
    pemilihan tempat untuk pendaratan minyak telah mengambil kira 
    kesemua kos-kos yang terlibat diantara membangunkan 
    satu tempat pendaratan baru beserta dengan kerja-kerja
    pemasangan paip dengan hanya membuat 
    pemasangan paip yang sedikit panjang tetapi 
    dapat mengoptimumkan penggunaan pusat pendaratan 
    dan pemprosesan di Terengganu. 
    Banyak factor dan kos yang akan terlibat samada secara langsung atau 
    tidak langsung sekiranya satu tempat pendaratan baru perlu dibina 
    atau ditambahbaik.

3. Blog ini percaya, Petronas mempunyai kepakaran mereka dalam merancang
    operasi carigali dan   pemprosesan minyak.


Dakwaan-dakwaan lain (diambill dari blog/media pembangkang)

Dakwaan 5

Kenapa Terengganu mendapat royalty sedangkan jarak tempat carigali minyak 
adalah jauh dari 3 batu nautica?

Jawapan
Terengganu sama seperti Kelantan tiada hak keatas minyak yang dijumpai 
kerana ianya bukan hak milik kerajaan negeri. Pemberian royalty kepada 
Terengganu adalah Ihsan dari PM dan samada ianya ditermakan sebagai 
royalty ataupun wang ehsan, kedua-duanya adalah ehsan PM kerana 
minyak yang dijumpai bukan milik Terengganu. Inilah sebabnya pada
 tahun 1999, bayaran royalty kepada Terengganu ditukar namanya 
kepada wang Ehsan kerana ianya hendak disalurkan secara terus 
kepada rakyat Terengganu dan bukan kepada Kerajaan Negeri. 
Diantara alasan yang diberikan adalah dikhuatiri, Kerajaan Negeri 
akan menggunakan wang ini untuk tujuan parti politik dan bukannya 
untuk rakyat Terengganu. Bayaran yang dibuat melalui JPP akan 
bergantung kepada projek-projek keperluan rakyat.Sebarang projek
 yang ingin dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk kebaikan rakyat Terengganu
 boleh mendapatkan wang ehsan ini melalui JPP. Kerajaan Persekutuan 
mempunyai kuasa merubah bayaran tunai ini adalah kerana minyak 
yang dijumpai itu adalah hak milik kerajaan Persekutuan dan 
bukannya kerajaan negeri.

Kerajaan Kelantan juga mendapat wang ehsan seperti mana yang didapati 
oleh Kerajaan Terengganu.


Dakwaan 6

Kenapa Sabah dan Sarawak mendapat royalty?

Jawapan
Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak telah sedia mempunyai kedudukan
 tersendiri terhadap hak royalti melalui kuatkuasa perjanjian serta 
perundangan-perundangan yang memberi hak ke atas kawasan pelantar benua.
Hak kedua-dua negeri ke atas kawasan pelantar benua 
termaktub di dalam “North Borneo (Alteration of Boundaries)
 Order in Council 1954” dan “Sarawak (Alteration of Boundaries)
 Order in Council 1954]”.
Ia merupakan sejarah dan hak istimewa yang diiktiraf semasa 
menyertai Malaysia pada tahun 1963.
Sebagaimana yang termaktub Di dalam Perlembagaan Persekutuan, 
perkiraan bayaran kepada Sabah dan Sarawak mengambil kira duti import,
 duti eksais, duti eksport petroleum kepada Sabah dan Sarawak serta
 hasil perlombongan galian semulajadi.
Ini adalah jaminan kelayakan yang diterima oleh Negeri Sabah dan 
Sarawak, yang tidak ada di negeri-negeri Semenanjung.

Soalan tambahan

1.  Apakah Pimpinan Pakatan Rakyat sedar akan system Perundangan 
yang berkaitan dengan Royalti ini?

Blog ini berpendapat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tahu bahawasanya, 
kalau berasaskan kebenaran fakta dan perundangan, mereka tiada 
hak keatas hasil minyak ini. Oleh kerana itulah Anwar Ibrahim telah
 cuba untuk membuat pindaan terhadap Akta Petroleum 1974 pada 
tahun 2009 dengan memasukkan kenyataan dibawah pada 
seksyen 10 akta tersebut :-

Beliau mahu meminda dan membuat takrifan baru pada perkataan 
`diluar pantai’ agar ianya menjadi hak milik kerajaan negeri. 
Untuk pengetahuan pembaca, Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) 
adalah kawasan perairan milik Negara yang berada di wilayah
 perairan di luar 12 batu nautical sehingga ke 200 batu nautica
 (sila rujuk United Nation Convention).

Ini menunjukkan bahawa belia sedar tanpa pindaan pada perkataan 
di luar pantai seperti diatas, ianya bukanlah milik negeri tetapi
 ianya adalah milik kerajaan Persekutuan.

Ini juga membuktikan bahawa tindakan yang dibuat oleh
 Kerajaan Persekutuan adalah berasaskan kepada 
undang-undang dan tidak pernah berniat jahat.


2. Apakah penyelesaian kepada kemelut ini

Bagi pendapat blog ini, perkara pertama yang perlu 
difahami oleh seluruh rakyat adalah, pentingnya untuk 
kita mengutamakan kebenaran daripada politik. 
Sekiranya fakta dan kebenaran diutamakan, 
tidak akan timbul cubaan untuk menjadikannya isu politik 
yang dipergunakan oleh kelompok-kelompok tertentu untuk
 menimbulkan kebencian rakyat. Ini semua dilakukan 
demi survival politik mereka.

Sekiranya kita mengutamakan kebenaran dan tidak terpedaya 
dengan hasutan,penipuan dan fitnah yang cuba dilemparkan 
kepada Kerajaan Persekutuan maka InsyaAllah kita akan 
faham kedudukan sebenar isu ini dan dapat berfikir dengan lebih rasional.

Blog ini juga berpendapat, sekiranya kerajaan Negeri Kelantan 
memahami isu ini dari sudut perundangan dan mereka faham 
bahawa mereka tiada hak keatas minyak tersebut, pendekatan 
secara rundingan boleh dibuat dengan Kerajaan Persekutuan. 
Sekiranya Kerajaan Negeri berunding dengan cara baik kepada
 Kerajaan Pusat dan memohon agar dinaikkan sumbangan 
atau peruntukan daripada hasil minyak ini, blog ini percaya, 
Kerajaan Pusat bersedia menimbangkannya. Mungkin sekiranya 
dibincang dengan baik, Kerajaan Kelantan akan mendapat sumbangan 
bayaran tunai dengan jumlah yang lebih besar.

Malangnya, mungkin akibat dihasut oleh kelompok tertentu, 
Kerajaan Negeri bersikap angkuh dan kasar, melemparkan 
pelbagai tuduhan sehingga sanggup mendoakan “pecah perut” 
dan sebagainya sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka 
berada di pihak yang salah. Sekiranya mereka mengetepikan 
politik dan mengutamakan kebenaran, blog ini percaya keputusan
 yang memberi kebaikan kepada semua pihak dapat dicapai.


Pssst... AKjr : Kalau ikutkan undang-undang yg termaktub, Kelantan tidak ada hak 
untuk menuntut apa-apa royalti/ wang tunai atau apa2 tuntutan sekalipun.. Tetapi 
atas dasar Kerajaan BN yang telah lama mngamalkan kebajikan, dgn budi bicaranya 
tetap juga diberikan wang ehsan.. Cuma adalah segelintir manusia yg x reti bahasa 
atau mungkin ingin menjadi hero rakyat dgn kedegilan dan kebebalan mereka tetap
 juga menuntut yg bukan hak mereka.. Jadi apa nk dikata...

Share this article :

+ comments + 7 comments

Anonymous
October 4, 2012 at 9:24 AM

Orang kampung tak baca daaaaaa semua ni, mereka tunggu pak lebai palsu turun ceramah je.

Anonymous
October 4, 2012 at 9:26 AM

sebenarnya nak senang cerita, kelantan tak ada pulau macam terengganu jadi daratan terengganu lagi dekat dengan pelantar minyak.

Anonymous
October 4, 2012 at 9:32 AM

orang pas sumenya bodoh belaka.....

klau mengaji stakat skolah pondok ni lah dia tahap pemikiran mereka....

yang ada belajar tggi pun ilmu pengetahuan di simpan dlm kepala lutut

October 4, 2012 at 10:02 AM

msalahnya orang melayu takrajin membaca...dia orang suke mendengar...tu yg selalu kene kelentong tu....padahal mereka ni dah belajo tinggi smpai u...melayu memang malas membaca....

CIFUT
October 4, 2012 at 10:25 AM

PAS ada wali merangkap nabi, PKR ada anugayrah tuhan, DAP ada tokkong guan eng... Tak payah fikir, tak payah selidik... penganut2 PR percaya 100% apa yg mangkuk2 ni ckp.

Anonymous
October 4, 2012 at 10:47 AM

Orang PAS bukannya bodoh tapi disebabkan nak juga RASA jadi KERAJAAN...nak menunjukkan juga bahawa PAS boleh memerintah MALAYSIA yang menyebabkan mereka menolak 'kontrak sosial' yang dah dipersetujui bila nak MERDEKA....dulu aku akui, PAS memang benar2 di jalan nya...tapi sekarang, dah jadi macam "HIGHWAY". Asalkan boleh redah, no hal...ilmuwan dalam PAS memang ramai tapi disebabkan 'POLITIKUS' yg ada dalam PAS menyebabkan PAS jadi macam tuu....orang kata "JANJI MENANG, agama lain kira"...jadi, tak kira lah apa yang KERAJAAN sekarang buat, semua tak betul....tak percaya, pergi laa duduk KELANTAN...yang KAYA bertambah KAYA, yang 'MISKIN' makin merempat.....masalah SOSIAL, jangan cerita laaa...cuma tak keluar dalam suratkhabar dan TV jer...

Anonymous
October 5, 2012 at 4:09 PM

kalau yang belajar pandai..xkan cakap org laen bodoh..jangan ingat kita semua betul..betul or salah hanya tuhan yang tahu..amin..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger