KUALA LUMPUR 23 Okt - Program pendidikan yang berkualiti dipercayai mampu dijadikan sebagai platform yang kukuh dalam usaha menyediakan kanak-kanak di negara ini kearah memacu kemajuan negara.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, program pendidikan tersebut merupakan satu strategi yang boleh dijadikan sebagai persediaan untuk membina modal insan terbaik negara dalam masa sama menghalang unsur negatif dalam memupuk peribadi mulia.
Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Pusat Penyelidikan Keluarga, Remaja dan Kanak-kanak (FACE) dan Makmal Taska Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak (PERMATA) di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.
Menurut Rosmah, penglibatan FACE dalam menjalankan penyelidikan bukan sahaja tertumpu kepada golongan kanak-kanak namun telah diperluaskan ke peringkat remaja seterusnya keluarga.
"Sebelum ini, PERMATA menggunakan khidmat Pusat Penyelidikan Pembangunan Kanak-kanak Kebangsaan (NCDRC) khusus untuk memantau pelaksanaan program perintis Pusat Anak PERMATA Negara.
"Oleh itu, saya amat mengalu-alukan kesungguhan dan minat FACE untuk menjalankan penyelidikan berkaitan Program PERMATA Negara dan menjadikan Makmal Taska PERMATA UPM di FACE sebagai makmal contoh bagi program berkenaan," katanya yang juga merupakan Penaung Program PERMATA Negara.
Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Naib Canselor UPM, Datuk Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi dan Dekan Fakulti Ekologi Manusia merangkap Penyelaras Pusat Anak PERMATA UPM, Profesor. Madya Dr. Zaid Ahmad.
Tambahnya, FACE memperlihatkan peranan yang begitu penting di dalam membangun dan menjalankan penyelidikan secara komprehensif mengenai kanak-kanak, remaja dan keluarga.
"Penghasilan penyelidikan (melalui FACE) akan digunapakai sebagai input yang akan membantu meningkatkan kecemerlangan kanak-kanak, remaja serta keluarga," ujarnya.
Sehingga kini, seramai 1711 tenaga pendidik telah mengikuti Kursus Pendidik PERMATA Negara, 582 peserta dilatih menerusi Kursus Orientasi, Kursus Ulangkaji Pendidik, Bengkel Pengurusan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan Bengkel Pengurusan Murid.
Pada majlis yang sama, Rosmah turut melancarkan dua produk penyelidikan FACE iaitu HELP-kids dan buku Panduan Terapi Bermain.
Sementara itu, Datuk Ir. Dr. Radin Umar berkata, pihak UPM telah menyediakan tawaran bagi program Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang pembangunan serta pembangunan awal kanak-kanak yang setara dengan diploma pendidikan untuk program PERMATA Negara.
"Kami (UPM) percaya, dengan penawaran itu, program ini akan berupaya membina kerjaya yang lebih baik bagi pembangunan awal kanak-kanak dalam sektor awam mahupun swasta," katanya.
+ comments + 7 comments
Rakyat perlu berterima kasih kepada Rosmah yang banyak berjuang untuk meningkatkan mutu pembelajran kepada kanak kanak dan rakyat...Program pendidikan yang berkualiti dipercayai mampu dijadikan sebagai platform yang kukuh dalam usaha menyediakan kanak-kanak di negara ini kearah memacu kemajuan negara.tapi sayang masih ramai yg buta hati n mata dgn ape yg rosmah lakukan demi semua
program pendidikan PERMATA merupakan satu strategi yang boleh dijadikan sebagai persediaan untuk membina modal insan terbaik negara dalam masa sama menghalang unsur negatif dalam memupuk peribadi mulia.program ini telah menunjukkan kejayaannya sehingga di iktiraf oleh negara luar..rosmah telah membuka mata semua pihak bahawa program ini terbaik untuk kanak-kanak..tahniah rosmah berjaya menjadi program ini berjaya walaupun beliau sibuk dengan jadual yang padat..sebagai seorang ibu rosmah lebih memahami isi hati kanak-kanak..tahniah rosmah
TERBAIKLAH ROSMAH NI LANGSUNG TAK PUTUS ASA DAN SEMAKIN HARI SEMAKIN MAJU APA YG DIA BUAT UTK KANAK2. SIAPA SANGKA KANAK2 PADA HARI INI LBH SELESA DAN BERPELUANG UTK BELAJAR DARI AWAL LGI TANPA RISAUKAN DUIT PENDAFTARAN ATAU PUN KOS LAIN.
memang terbaiklah program yg rosmah buat ni aku sungguh bangga dgn wanita ni dan aku sentiasa menjadikan rosmah sebagai idola aku kerana otak rosmah mmg bijak dan geliga samapai face pun buat penghasilan penyelidikan tentang Program PERMATA Negara dan menjadikan Makmal Taska PERMATA UPM di FACE sebagai makmal contoh bagi program berkenaan.
mulia kan hati kak mah ni walaupun dia xde anak kecik tp dia still buat permata utk anak2 rakyatkan...sbb dia seorg yg bijak fikir panjang utk masa dpn anak2 kita
walaupun di caci di haina tp rosmah ttp buat kebaikkan utk rakyat kan..padahal dia bkn pm pun dia hanyalah isteri pm tak yah buat semua ni pun xpe tp disbbkan hati dia yg baik tu dia byk buat utk rakyat...yg plg bgs projek permata ni lah
satu strategi yang boleh dijadikan sebagai persediaan untuk membina modal insan terbaik negara dalam masa sama menghalang unsur negatif dalam memupuk peribadi mulia. terbaik datin
Post a Comment