Label 10

Home » » PENJAWAT AWAM MAKAN RASUAH SUARA ANAK HARAM ?!!

PENJAWAT AWAM MAKAN RASUAH SUARA ANAK HARAM ?!!

Written By AAKJ on Saturday, October 6, 2012 | 11:30 PM





KUALA LUMPUR - Cuepacs meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan penjawat awam disogok Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi menyalur maklumat dan rahsia kerajaan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, jika benar wujud, mereka mesti dikenakan hukuman setimpal kerana kesalahan yang dilakukan adalah berat.

"Kalau betul (laporan) akhbar itu, terserah pada pihak berkuasa (ambil tindakan), sebagai penjawat awam jangan mudah terima duit, kita ada etika yang perlu dipatuhi," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah semalam, yang mendakwa Suaram menerima lebih daripada AS$100 juta (RM305.35 juta) bagi menganjurkan protes jalanan dan merasuah pegawai kerajaan.

Suaram bagaimanapun menafikan semua tuduhan itu dan menuntut JMM menyertakan bukti terhadap semua tuduhan terbabit selain mendesak JMM supaya memohon maaf dan menarik balik semua dakwaan berkenaan. 




- Bernama
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
October 6, 2012 at 11:48 PM

Juga sebagai penjawat awam jangan mudah juga minta duit dari kerajaan.


Rahim Janggut

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger