Label 10

Home » » PAKATAN LELONG HARTA SELANGOR ?

PAKATAN LELONG HARTA SELANGOR ?

Written By AAKJ on Saturday, October 27, 2012 | 12:00 PM


 




Penjualan lima aset bernilai RM321 juta milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dikhuatiri boleh memberi kesan negatif kepada usahawan bumiputera yang menjalankan perniagaan di premis-premis terlibat.

Presiden Persatuan Pengilang-Pengilang dan Perkhidmatan Malaysia, Datuk Ab. Rahim Abu Bakar berkata, pemilik baharu premis terlibat mungkin lebih mementingkan keuntungan tanpa memikirkan tanggungjawab sosial dan nasib para penyewa yang terdiri daripada usahawan bumiputera.

Beliau yang juga Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) memberitahu, sebagai sebuah agensi kerajaan, PKNS sepatutnya mengambil kira setiap keputusan yang diambil khususnya terhadap usahawan bumiputera.

''Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu memberi penjelasan supaya segala persoalan yang timbul ekoran daripada dakwaan penjualan lima aset oleh PKNS itu terjawab.

''Kita juga tidak bersetuju dan membantah penjualan aset-aset berkenaan sekiranya tindakan itu akan menimbulkan masalah kepada peniaga bumiputera," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ab. Rahim mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar semalam yang mencabar Abdul Khalid memberi penjelasan tentang dakwaan PKNS bercadang meluluskan penjualan lima aset miliknya iaitu Menara PKNS Petaling Jaya dengan harga RM90 juta; Pusat Konvensyen Shah Alam (RM97 juta); Kompleks PKNS Shah Alam (RM85 juta); Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).


sumber
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger