Label 10

Home » » NIK NAZMI HINGUSAN CUBA MEMBELA ANWAR YANG PENUH DOSA TERHADAP RAKYAT MALAYSIA

NIK NAZMI HINGUSAN CUBA MEMBELA ANWAR YANG PENUH DOSA TERHADAP RAKYAT MALAYSIA

Written By AAKJ on Thursday, October 25, 2012 | 11:00 AM


Alliance Bank berkait dengan Daim bukan Anwar, kata PKR 

KUALA LUMPUR, 24 Okt — Alliance Bank mempunyai mempunyai kaitan dengan Tun Daim Zainuddin dan bukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menjejaskan agenda Melayu semalam oleh bekas Menteri Kabinet Tan Sri Sanusi Junid, kata PKR hari ini.
Dalam Forum Ekonomi Melayu semalam, Sanusi mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin cuba ‘meniru’ dasar anti-Yahudi Jerman dahulu dengan tidak memberikan lesen perbankan kepada masyarakat bukan Melayu demi memastikan kepentingan Melayu dalam ekonomi terbela.

“Sanusi mendakwa usaha ini digagalkan oleh Anwar yang memberikan lesen perbankan kepada dua kumpulan perbankan bukan Melayu — Hong Leong Bank dan Alliance Bank.

“Tuduhan Sanusi tidak berasas. Alliance Bank Malaysia Berhad merupakan syarikat perbankan di bawah Alliance Financial Group Berhad (AFG) yang dikaitkan dengan Tun Daim Zainudin.

“Daim dikatakan memiliki 14.8 peratus AFG menerusi Langkah Bahagia Sdn Bhd. Langkah Bahagia bersama-sama pihak-pihak berkaitan syarikat pelaburan Singapura, Temasek Holdings Ltd mempunyai kepentingan di dalam AFG menerusi Vertical Theme Sdn Bhd,” kata Nik Nazmi dalam kenyataan media yang dihantar ke The Malaysian Insider hari ini.

Menurut Nik Nazmi, hubungan AFG dan Daim bermula sejak 1982 lagi apabila beliau membeli Malaysian French Bank. Malaysian French Bank kemudian dinamakan Multi-Purpose Bank. 
Pada 1997, Langkah Bahagia membeli saham di dalam Hock Hua Bank (Sabah). Salah seorang pemilik saham Langkah Bahagia, Mohd Nasir Ali mengumumkan bahawa beliau bertindak bagi pihak Daim. Hock Hua Bank kemudian ditukar nama menjadi International Bank Malaysia Berhad dan digabungkan bersama Multi-Purpose Bank serta enam lagi syarikat kewangan untuk menjadi AFG.

“Mungkin agenda Melayu yang dimaksudkan Sanusi adalah untuk menjaga kepentingan saham kroni-kroni UMNO-BN seperti bagaimana Petronas ditekan untuk menyelamatkan syarikat milik anak Mahathir, Mirzan iaitu Konsortium Perkapalan Berhad sewaktu krisis ekonomi 1997 dengan harga melebihi kadar pasaran. Namun yang menghalang usaha tersebut ialah Anwar,” katanya lagi.

Menurut Nik Nazmi lagi, ketaksuban Sanusi di dalam menyerang Anwar dan mempertahankan Mahathir dan Daim menyebabkan beliau tidak nampak penyelewengan ekonomi, seterusnya menjadikan rakyat Malaysia umumnya dan orang-orang Melayu secara umumnya sebagai mangsa.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/alliance-bank-berkait-dengan-daim-bukan-anwar-kata-pkr/

Begitu hebatnya Nik Nazmi yang dilahirkan pada tahun 1982 tetapi tahu hal ehwal politik negara ketika sama tahun dengan kelahirannya.

Tapi sebagai pembaca yang bijak, adakah anda mahu percaya kenyataan Tan Sri Sanusi Junid yang telah pun menjadi pemimpin pada tahun 1982 atau budak mentah bernama Nik Nazmi?



sumber
Share this article :

+ comments + 1 comments

October 25, 2012 at 1:58 PM

mak ai.... anak ikan anwar yg baru.....sebab tu la anwar ni x nak lepaskan politik kat malaysia nie.. takut pecah tembelang dia.. at least dgn berpolitik tu, dapat la dia mengalihkan tumpuan org ramai kat situ klu x kena tangkap basah nanti....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger