Label 10

Home » » KRISTIAN DI MALAYSIA TERANIAYA ?! ITUKAH SEBAB MEREKA BERSAMA DAP ?!!

KRISTIAN DI MALAYSIA TERANIAYA ?! ITUKAH SEBAB MEREKA BERSAMA DAP ?!!

Written By AAKJ on Monday, October 8, 2012 | 10:00 AM


Sebuah gereja di Mardan, Peshawar dibakar oleh beribu orang Muslim pada Sept 21 serentak dengan tunjuk perasaan di Pakistan terhadap filem hina Nabi. Turut dibakar ialah St Paul’s high school, sebuah perpustakaan serta tempat kediaman empat orang paderi yang kesemuanya terletak di kawasan yang sama.
Naskah-naskah kitab Injil, buku doa dan ikon-ikon Kristian dibawa keluar daripada St Paul’s Lutheran Church itu untuk dimusnahkan dan dibakar. Seorang anak remaja pastor yang dibelasah oleh perusuh terpaksa dimasukkan ke hospital 
(sumber: sini)
Gereja dibakar di Pakistan minggu lalu (sumber gambar: sini)
Dua Jumaat lalu di Niger, beratus orang jemaah melaungkan “Allahu Akbar” sekalimemecahkan patung Virgin Mary selepas mereka merempuh gereja Katolik terbesar di bandar Zinder.
Sebuah lagi gereja di Zinder, iaitu Winners Chapel, juga dibakar dalam kejadian mengamok tersebut. Gereja Assemblies of God beserta pusat komuniti gereja Union of Evangelical and Protestant pun diceroboh. Rumah pastor gereja evangelical dirosak (vandalized).
Para penunjuk perasaan di Mesir pula membaling bom gas dan batu pada Gereja Evangelical tiga hari selepas berlakunya pembunuhan duta Amerika di Libya. Mereka telah mengecat amaran “Death to the worshippers of the cross!” pada dinding gereja Kasr-el-Dobara tersebut.
Manakala Boko Haram, sebuah kumpulan militan Islam, telah menyerang sebuah gereja di Bauchi di utara Nigeria. Seorang pejuang berani mati (suicide bomber)meletuskan bom kereta di Gereja St John itu pada Sept 23 mengakibatkan dua orang terbunuh dan 48 cedera.
Boko Haram ialah gerakan yang menuntut supaya undang-undang syariah dilaksanakan di seluruh Nigeria.
Sementara itu, satu kempen berjudul ‘Proclaim Freedom’ sedang berusaha untuk mengenakan tekanan ke atas kerajaan yang menganiaya kaum minoriti Kristian di negara mereka.
Kempen antarabangsa tersebut juga berusaha mengenakan tekanan ke atas kerajaan negara-negara tadi yang yang menindas golongan Kristian. Penggiat-penggiat ‘Proclaim Freedom’ mahukan supaya sesiapa yang bertindak ganas terhadap penganut Kristian wajib dihukum oleh kerajaan.
Kelompok Kristian di Malaysia akan menyertai kempen ’Proclaim Freedom’ melalui acara ‘Day of Prayer for the Persecuted Church’ pada 1 Nov nanti.
Pada hari Isnin (Okt 1), majalah Christian Today telah melaporkan bahawa “Christians in Malawi, Malaysia, Romania, Bangladesh, and the Philippines are among those planning to take part so far”.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger