TANJONG KARANG: Mesyuarat kabinet pada Jumaat bersetuju meneruskan pembangunan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah, yang sebelum ini dirampas kerajaan Selangor, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
Noh, yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Selangor, berkata perkara itu dibangkitkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hasil lawatan beliau ke Selangor pada Khamis.
"Dalam dialog dengan pemimpin belia dan pelajar di UiTM Shah Alam semalam, seorang daripada pemimpin belia meminta kerajaan Persekutuan menunaikan janji untuk meneruskan pembinaan UiTM di Serendah.
Selasa lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan Sdn Bhd (PYBK) untuk membatalkan keputusan Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor merampas dan menolak bayaran cukai beberapa bidang tanah milik YBK.
Ekoran rampasan tanah itu, projek pembangunan kampus UiTM berkenaandipindah ke Melaka. Noh berkata kerajaan Persekutuan bagaimanapun perlu menyediakan peruntukan baru untuk pembinaan kampus itu memandangkan peruntukan sebelum ini disalur untuk pembinaan kampus universiti tersebut di Melaka.
Mengulas kemungkinan kerajaan negeri memfailkan rayuan terhadap keputusanmahkamah itu, beliau berkata ia hak mereka untuk berbuat demikian, namun pihakberkenaan sepatutnya mengutamakan pendidikan untuk generasi muda berbanding kepentingan politik.
"Pembinaan kampus UiTM ini tidak seharusnya menjadi isu dan dipolitikkan. Saya berharap kerajaan negeri akan memberi kerjasama apabila pembinaan kampus ini dilaksanakan kelak," katanya.
Isu melibatkan tanah YBK bermula dengan keengganan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek kampus UiTM di Serendah sehingga projek itu terpaksa dipinda ke Semujuk, Melaka.
Sumber - Wak Jengkol
+ comments + 1 comments
sejak merampas selangor lepas PRU12, aku lihat agenda pakatoon adalah membinasakan satu-demi satu pendidikan anak2 selangor..uitm,YBK,asrama ybk dll. tak ada dengar pulak institusi pendidikan cina disentuh..
pas buat apa diselangor?
gen2felda
Post a Comment