Projek jambatan adalah projek untuk kroni-kroni
Sememangnya pihak fuckatan dah berangan untuk melantik si Lajim Ukin menjadi Menteri Kerja Raya melalui ‘KABINET BAYANGAN’ sepertimana laporan Harakah Daily 15-18 Oktober 2012. Kununnya ‘pengalaman’ si Lajim Ukin ni akan memudahkan pembangunan lebuhraya di Sabah, Sarawak serta pembinaan Jambatan Labuan. Walhal diketahui ramai, beliau keluar dari UMNO kerana skandal songlap duit peruntukan kerajaan untuk kawasan Beufort dan akibat kecewa tak dipilih jadi Ketua Menteri Sabah walaupun lama berjuang dengan UMNO. Masalahnya beliau tak layak, terlalu gopoh dan mudah terangsang dengan pujuk rayu Anwar.
Dengan menyokong fuckatan, mudah bagi beliau menjadi Menteri Kanan Pusat atau KM Sabah jika PR menang. Itupun kalau Allah s.w.t izinkan. Lebih mudah untuk kroni-kroni beliau termasuk Wilfred Bamburing mengaut keuntungan berpuluh-puluh billion ringgit, hasil dari peruntukan untuk pembinaan jalan, lebuhraya dan jambatan nanti.
Semakin jelas lagi apabila Tan Sri Menudin si Bendahari UMNO Sabah lompat ke PKR. Nampaknya, Tan Sri Menudin ada harapan dapat habuan dapat kontrak bina jambatan. Sebabnya Kerajaan pun malas nak layan karenah beliau yang suka bolot projek sana - sini, tapi banyak yang bermasalah dan ‘makan duit’. Untung-untung dengan menyertai PKR, bolehlah beliau dicalonkan bertanding di Labuan atas tiket PKR. Memang sah projek Jambatan Labuan menjadi projek mega rasuah kepada setiap ahli politik yang keluar BN untuk menyertai fuckatan. Inilah permainan politik yang Anwar sogokkan kepada pemimpin bangsa yang kecewa tetapi tamak.
Di sisi lain mungkin Anwar pikir dengan adanya jambatan itu kelak, beliau dan juak-juaknya tak perlu naik jet peribadi lagi, nanti boleh hapus segala kontroversi. Dah siap jambatan nanti bolehlah beliau anak beranak dan juak-juak naik bas mewah atau trailer mewahnya diiringi oleh Toyota Camry depan belakang sambil menikmati angin bayu Laut China Selatan dari Selat Labuan…sampai di hotel diberi bilik President Suite atau Penthouse…lenalah tidur seorang pemimpin perasuah diulit Chinadoll atau dilayan jambu-jambu si pembancuh kopi…
Bagi pencacai sefuckatan pula, mereka bolehlah bermimpi membeli kereta mewah harga murah berplat nombor Labuan tanpa cukai jalan dan tidak memerlukan sebarang permit import (AP). Sambil memecut kereta laju tanpa disaman AES dan membayar tol sesen pun di atas Jambatan Labuan.Tiba di tanah besar Sabah dapat mengisi minyak petrol murah, dapat lagi kad diskaun membeli-belah. Ooh alangkah indahnya fantasi mimpi yang Anwar Ibrahim canangkan kepada para pencacainya hingga tidak terasa kebasahannya.
Agenda DAP chauvinist terhadap Labuan.
Mungkin si Anwar teruja nak menjadikan Pulau Labuan macam Pulau Pinang. Tanpa mempedulikan nasib bangsanya sendiri yangakan ditindas oleh puak-puak DAP yang chauvinist lagi rasis. Lihat saja begitu ramai nelayan, peniaga dan penduduk Melayu dihalau keluar dari tanah-tanah mereka di Pulau Pinang kerana kebangsatan regim DAP di bawah Joseph Lim Guan Eng.
DAP sememangnya mempunyai rancangan menjadikan Labuan yang hanya berkeluasan 91 km persegi menjadi sebuah pulau industri sepertimana Pulau Pinang yang berkeluasan 293 km persegi itu. Peranan Labuan sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa Pesisir Laut (International Offshore Financial Centre- IOFC) berasaskan syariah, tumpuan lokasi perlancongan dan taman laut di pesisir Laut China Selatan perlu dihapuskan dengan mewujudkan pusat-pusat hiburan dan kasino antarabangsa sepertimana Hong Kong, Macau, Taiwan dan Singapura.
Perkampungan Nelayan Melayu di Pulau Labuan
Hakikatnya populasi Labuan yang didiami oleh majoriti umat Islam dan bumiputera yang diwakili UMNO-BN sejak sekian lama perlu dihapuskan sesuai dengan prinsip chauvinist, sosialis dan meritokrasi DAP yang anti 3M; Melayu-Bumiputera, muslim dan miskin. Kedudukan nelayan-nelayan Melayu dan pribumi di Kampung Manggis, Kampung Lambidian, Kampung Menumbok dan Kampung Banting perlu diusir untuk memberi laluan kepada proses urbanisasi moden yang akan menempatkan pendatang-pendatang kaya dan bongkak dari Asia Timur. Peduli apa jika pendapatan nelayan terjejas akibat kemusnahan ekologi dan kawasan tangkapan ikan. Jika di Pulau Pinang DAP boleh buat pada orang Melayu tanpa dihiraukan Anwar, mengapa di Labuan tidak boleh
Post a Comment