Label 10

Home » » DR MAZA BAKAL MENTERI BESAR KERAJAAN PAKATAN PERLIS?

DR MAZA BAKAL MENTERI BESAR KERAJAAN PAKATAN PERLIS?

Written By AAKJ on Wednesday, October 31, 2012 | 10:10 AM



Khabar dari sumber  inner circle Dr MAZA sendiri bertiup kencang bahawa beliau telah ditawarkan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihanraya di negeri tersebut.
Ini merupakan kali kedua berita berkenaan bekas Mufti kontroversi ini, yang sentiasa cuba menampakkan seolah-olah beliau neutral dengan mengkritik UMNO dan PAS sedangkan pada masa yang sama beliau cukup mengkagumi reformis kristian barat seperti Martin Luther. Malah ada ura-ura beberapa minggu lepas, beliau telah dengan bangganya memberitahu beberapa orang yang rapat dengannya bahawa Kerajaan Syaithan Besar Amerika Syarikat di bawah Barrack Obama cukup berminat untuk memberikan beliau biasiswa Leadership tajaan White House.



Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin


Beliau bagaimanapun menafikan khabar tersebut walaupun mengambil masa lebih dari 24 jam untuk dengan ‘berat hati’ menafikan berita tersebut. Walaubagaimanapun, adalah sukar untuk mempercayai penafian beliau kerana beliau dilihat menghentam para pencinta ahlul bayt, pejuang-pejuang Islam di dalam PAS dan UMNO tetapi cukup rapat dan memuja-muji para tokoh liberalisme dan pluralisme agama seperti Anwar Ibrahim dan mengangkat dan menjulang pemikiran-pemikiran para kafirin orientalis barat. Malah, beliau secara konsisten selalu memuji demokrasi Syaithan Besar Amerika Laknatullah yang meyeksa umat Islam seluruh dunia termasuk di Al–Quds dan Iran. Beliau juga cukup berbangga menghadiri majlis kerabat diRaja England walaupun tidak diketahui atas kapasiti apa beliau hadir di majlis tersebut.





Dr MAZA di Majlis Makan Tengahari Bersama Duke and Duchess of Cambridge

Perkhabaran terbaru berkenaan tawaran istimewa oleh Anwar Ibrahim tidak dinafikan oleh Dr MAZA. Di dalam twitter beliau, seseorang telah bertanya berkenaan mesyuarat rahsia selama 4 jam melibatkan beliau dan DSAI. Juga ditanya tentang tawaran yang diberikan terhadap beliau. Dr MAZA tidak menafikan malah memberitahu, belum tiba masanya untuk diumumkan!




Twitter dari Dr MAZA bertarikh 18 Oktober.


Twitter dari Dr MAZA bertarikh 20 Oktober- Dr MAZA mengesahkan tawaran tetapi belum tiba masa untuk umumkan.

Sungguhpun begitu, sumber dalaman dari kem Dr MAZA sendiri memberitahu bahawa Dr MAZA telah ditawarkan jawatan sebagai Bakal Menteri Besar Pakatan untuk negeri Perlis. Ini memandangkan MB Perlis sekarang Datuk Seri Dr Md Isa Sabu masih mempunyai konflik dengan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang masih mengintai peluang merampas semula kerusi MB yang telah dilucutkan dari dirinya. Umum mengetahui bahawa Datuk Seri Shahidan Kassim adalah orang yang bertanggungjawab membawa masuk beberapa ulamak  ke dalam UMNO.  Dr MAZA senantiasa cuba menampakkan seolah-olah beliau setia kepada Datuk Seri Shahidan akan tetapi, tindak tanduk terkininya  yang menghentam para ulamak yang masuk UMNO sebagai ulamak hanyut dalam politik wang  jelas telah menunjukkan bahawa ia merupakan usaha besar Dr MAZA untuk memisahkan diri dari Dr Shahidan dan bertujuan untuk member signal kepada semua bahawa Dr Shahidan Kassim sudah tidak lagi berpengaruh untuk mengawal Dr MAZA dan Dr Shahidan tidak signifikan lagi dalam politik tanahair.





Kenyataan-kenyataan dari Facebook  Datuk Seri Shahidan Kassim yang tidak bersetuju dengan Dr MAZA, langsung tidak diendahkan oleh Dr MAZA.


 Melihat kepada modus operandi Dr MAZA dan Anwar Ibrahim yang sama, (yakni Anwar mengkritik dahsyat PAS dan UMNO sebelum masuk UMNO), adalah boleh diramal bahawa tindakan Dr MAZA mengkritik ulama PAS dan ulama UMNO tetapi memuja Amerika dan reformis kristian adalah merupakan satu langkah awal sebelum Dr MAZA masuk PKR yang liberal. Kerusi ulama dalam PKR kosong semenjak Dr Badrul Amin ditangkap khalwat dan Ismail Mina meninggalkan Anwar.  DS Anwar Ibrahim dalam keadaan terdesak untuk mengisi kekosongan tersebut. Calon terbaiknya tentulah Dr MAZA. Seperti mana Anwar menjatuhkan Tun Ghafar Baba, begitulah Dr MAZA akan mengkuburkan Datuk Seri Shahidan Kassim.


Dr MAZA bakal mengGhafar-Babakan Datuk Seri Shahidan Kassim?








Negeri Perlis sebenarnya sudah ada calon Menteri Besar Pakatan dari PKR iaitu saudara Mohamad Faisol bin Abd Rahman, Pengerusi PKR Perlis yang cukup berjiwa rakyat dan merupakan pencinta ahlul bayt.




Saudara Mohamad Faisol bin Abd Rahman, Pengerusi PKR Perlis

 Tindakan DS Anwar Ibrahim meletakkan Dr MAZA sebagai calon MB Perlis (sekiranya betul) merupakan usaha menguatkan tapak liberalisme agama dipasakkan di negeri Perlis kami yang tercinta. Kepada Dr MAZA, dari Datuk Arif Perkasa sibuk mengkritik tindakan Tuan Hj Muhammad Sabu melawat Syria, lebih baik Datuk periksa dahulu tindak tanduk Datuk yang menjulang Syaithan Besar Amerika Laknatullah sehingga ada ura-ura bakal menjadi mufti white house. Kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang?
Ali Reza Ahmed Askari
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
November 7, 2012 at 8:01 PM

wahai azmykelanajya Kamu ni Syiah ke apa puji Penganut Syiah plak..

Anonymous
November 29, 2012 at 6:07 PM

Tidak ada angin pun, pokok bisa bergoyang bilamana ada monyet bergayut diatasnya...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger