Rentetan kebelakangan ini, muncul pelbagai pendapat dan fatwa tentang halal-haramnya sesuatu perkara dalam muamalat sesama manusia khususnya melibatkan isu-isu berkaitan dengan politik. Politik dan ugama di Malaysia adalah suatu perkara yang tidak dapat dipisahkan. Maka, dengan itu muncullah pelbagai cara untuk menginterpretasikan isu-isu politik ini dengan menggunakan hukum-hakam Islam.
Dengan ini muncullah sekelompok agamawan yang menggunakan slogan tajdid ataupun pembaharuan untuk menangani perkara ini. Golongan ini berasakan bahawa mereka adalah pewaris kepada gerakan tajdid yang pernah dibawa pada awal kurun ke-20 oleh tokoh-tokoh seperti Syeikh Syed Al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Abu Bakar Al-Asha'ari dan sebagainya. Kedudukan mereka dikuatkan atas faktor mempunyai kelulusan PhD. dalam bidang agama serta ditambah pula jawatan yang pernah disandang di institusi agama selain dari faktor "semulajadi" mereka yang petah bercakap dan menulis. Ini menyebabkan mereka senang mendapat sokongan terutamanya golongan intelektual dan juga di kalangan mereka yang cuba mencari penyelesaian yang dianggap rasional dalam agama.
hiase
Pengambilan Hukum Agama
Secara asasnya golongan ini mengaku mengambil hukum langsung dari Al-Quran dan sunnah serta mengikut metodologi yang digariskan oleh salafussoleh. Ini dapat dilihat daripada cara mereka menangani isu dan menjawab persoalan dalam perkara aqidah, ibadah dan juga sirah Nabi dan para sahabah. Mereka tidak segan untuk merujuk dan menggunakan fatwa dan pendapat ulama'-ulama' seperti Syeikh Bin Baz (bekas Mufti Saudi), Syeikh Nasiruddin Al-Albani, Syeikh Salih Al Fauzan dan Syeikh Ibn Uthaymin jika bersesuaian dengan kehendak peribadi dan khalayak yang mengajukan persoalan kepada mereka.
Namun, mereka ini mempunyai masalah besar dari segi disiplin pengambilan ilmu dan menerbitkan hukum hatta jika dibandingkan dengan golongan tradisionalis agama. Sekurang-kurangnya, golongan tradisional bersumberkan kepada tradisi dan juga kebiasaan setempat dalam berugama serta kitab-kitab kuning tuan guru-tuan guru zaman berzaman. Tetapi, golongan ini tidak segan untuk melemahkan sumber ugama yang sahih serta pendapat yang kuat jika sumber ini menyalahi kepentingan dan kehendak mereka. Seolah-olah, mereka bersifat "flip-fop" dalam pendapat mereka. Tidak dinafikan, mungkin ini berpunca dari latarbelakang keilmuan sebahagian mereka yang bukan dari jurusan Usuluddin dalam ijazah pertama mereka seperti dalam jurusan Bahasa Arab yang memungkinkan mereka memandang ringan kepentingan menerbitkan hukum agama dari sumber yang sahih dan juga pendapat-pendapat dan fatwa guru-guru yang berautoriti dalam aliran pemikiran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Barat membina tamadunnya melalui kaedah saintifik dan metodologi yang tersusun. Ini bukan sahaja khusus dalam bidang sains tetapi juga diamalkan dan meliputi ilmu-ilmu kemanusian dan sains sosial. Setiap bidang ilmu disusun dengan metodologi dan tatacaranya sendiri, dan kaedah untuk menerbitkan dan menaskahkan ilmu turut digariskan dengan begitu komprehensif. Dalam tradisi keilmuan Barat, pendapat guru-guru Agung dalam bidang kepakaran masing-masing dipegang dan dihormati.Tetapi, guru-guru Agung ini manusia dan setiap ahli akademik dalam bidang tersebut juga adalah manusia. Mereka boleh dibantah tetapi dengan syarat menggunakan eksperimentasi dan metodologi yang telah digariskan oleh disiplin ilmu tersebut. Namun, sebelum Barat mencipta kaedah-kaedah ini, Islam terlebih dahulu menyusun tatacara ini terutamanya dalam aspek penerbitan hukum-hakam agama.
Golongan ini amatlah memuja pemikiran dan tamadun Barat, namun, itu hanyalah sekadar propaganda semata-mata. Mereka tidaklah mengikut kaedah ilmiah seperti yang digariskan oleh ilmuan Barat dalam disiplin ilmu Islam. Sebagai contoh, terdapat tulisan yang memperlekehkan maksud sebuah hadith yag diterbitkan untuk pembacaan khalayak awam. Kecurangan ilmu dibuat dengan tidak menyatakan sumber hadith berkenaan kerana jikalau disebutkan riwayat hadith tersebut samada dari Tirmizi, Ibnu Majah dan sebagainya, maka tentulah tulisan itu bakal dibakulsampahkan oleh khalayak pembaca. Tidak dinafikan hadith tersebut barangkali mempunyai jalur periwayatan yang lemah (tetapi disahihkan oleh jalur periwayatan yang lain), tetapi atas niat untuk mengejek pendapat yang berpegang kepada hadith tersebut, disiplin dalam menerbitkan hukum Islam tidak diendahkan dan dikhianati.
Malang sekali, golongan popularis agama ini menyembunyikan pengkhianatan mereka terhadap disiplin ilmu Islam dengan menggunakan kaedah "character assasination" dan perlabelan. Istilah-istilah seperti jumud, literalist dan zahiri digunakan untuk mematahkan semangat ilmuan Islam yang jujur,istiqamah dan berdisiplin sebagai ahli akademik yang teguh berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah tanpa mempedulikan glamor dan populariti di pandangan masyarakat umum. Kaedah-kaedah popularis ini mungkin sesuai dengan masyarakat yang tidak memahami kepentingan berpegang dengan sunnah dan pendapat salafussoleh, tetapi tidak dengan masyarakat yang menghargai dan mencintai disiplin keilmuan apatah lagi ilmu-ilmu Islam.
Hubungan Dengan Pemerintah
Hubungan golongan popularis agama ini dengan kaum pemerintah adalah pelik, tidak konsisten dan kadangkala melucukan. Di hadapan masyarakat ramai, mereka cuba mempotretkan diri mereka seperti Hang Jebat ataupun Hang Nadim dalam kisah Singapura dilanggar todak. Tetapi, hakikatnya mereka ini tidaklah semata-mata bagaikan menurut resam anjing. Apabila ditepuk-tepuk, diberi makan dan dibawa berjalan-jalan, maka diam dan manjalah mereka dengan kaum pemimpin atau pemerintah tertentu. Sudah tentu, pemerintah ini juga ada melakukan kesilapan dan khilaf sebagai pemimpin, namun, popularis agama boleh menutup mata dan menyembunyikannya di bawah karpet untuk kepentingan duniawi yang sedikit. Sekonyong-konyong hilanglah taring, gigi dan kuku mereka laksana diserang penyakit kuku dan mulut lagaknya.
Dari situ,tentu sekali, kita tidak boleh menyalahkan kaum pemerintah berkenaan kerana begitulah sepatutnya sikap golongan umara' iaitu menghargai dan meletakkan kaum ulama' di peringkat yang tinggi. Tetapi, peluang mereka untuk menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar seperti yang kononnya mereka warwarkan kepada umum sebenarnya dipersia-siakan. Dari satu segi yang lain mereka mempraktikkan "double standard" kepada pemerintah yang mereka tidak mempunyai saham dan kepentingan. Golongan popularis ini tidak akan membuang masa, menggigit, menokak serta membaham kaum pemerintah yang tidak "membayar wang perlindungan" kepada mereka. Setiap isu yang bakal menyusahkan pemerintah yang tidak pandai membodek golongan popularis ini akan diulas dan disebarkan atas slogan demokrasi dan suara rakyat walaupun ia hanyalah khabar-khabar angin.
Untuk mencapai agenda mereka ini, pendapat minoriti dan lemah diambil dan digahkan serta pendapat yang kuat dan sahih dilemahkan dan diperlekehkan. Gagal mencari dalil yang berpaksikan agama, kata-kata tokoh dan pemimpin Barat pula dijadikan hadith yang baru untuk mengabsahkan hujah dan tindakan mereka. Dengan mengikut resam anjing inilah, mereka menonjolkan diri mereka sebagai ulama' rakyat supaya dipuja dan disanjung oleh masyarakat yang malang kerana tidak memahami permainan mereka.
Kesimpulan
Tidak dinafikan bahawa golongan popularis agama ini turut mempunyai jasa terhadap perkembangan keilmuan Islam di Malaysia terutamanya yang tidak berkaitan dengan hal-ehwal politik dan muamalat. Tetapi, malangnya falsafah keilmuan mereka bercanggah dengan tradisi ilmu tidak kira berasalkan warisan Barat apatah lagi warisan Islam. Walaupun pada permukaannya, garapan idea mereka mahu mentajdidkan masyarakat, tetapi akhirnya ia bakal menyumbang kepada satu krisis ilmu dan fitnah kepada golongan yang berpaksikan kepada tradisi salafussoleh samada sebagai satu tradisi keilmuan ataupun cara hidup keseluruhan.
Dr Abu Uzma Abdul Rahman
SUMBER
+ comments + 3 comments
Tulis yg penuh dengan perangsangka yg buruk..malang penulis ini hanya menengahkan was was sendiri tanpa punyai sifat berbaik sangka... Perlu sedar zaman mencari makan cara ceramah yg cetek sedang mengalami pengakhiran.. Jadi penulis perlulah belajar kembali pada Islam yg hakiki semula atau jadi tukang kayu saja lah...usah merepek dan merapu...zaman menjual slogan agama hampir pupus...
Begitu juga konon ..perlu jauhi pemerintah untuk jadi bersih pun sudah pupus sebab ini bidaah yg nyata...Pemerintah perlu didekati agar teguran bisa disalurkan dgn baik dan sempurna...lagi beradab dan berhemah... bukankah gitu adab Ulama yg dituntut.. Malang ramai Ulama yg tak begitu sempurna ilmunya atau yg ditakdirkan tiada peluang untuk dekati pemimpin..jadi ke Malangan ini jangan lah dijadikan agar yg berpeluang menjauhi atau menolak mendampingi pemerintah dgn alasan bidaah itu... Islam dikelirukan sebab kepentingan diri tak dapat..sendiri mau ingatlah wahai penulis.... (mirip kesumat dr MAZA aja ! he he he Tst sudahlah.. nampak batu nampak tangan ..majik tak menjadi )
Dr Maza masih tercari cari tempat nak bertapak..terlalu memilih dan play safe.. atau offer masih kurang menarik... !
Banyak cubaan nak perlekeh ulama muda yang dirasai kehadiran mereka dalam Umman amat menyegarkan.
Begitu juga memperlekehkan ulama lama yg lama establish..agar menampakkan kesegaran dirinya..malah Ulama kampong ..ditak sentuh sebab tiada dalam persaingan dalam mind dan nafsu nya...
Ini dari dulu lagi... cukup persisten melayan nafsu besarnya Very Ambitious person.. beware all muslim..
Memang sesuai untuk pembacaan Maza. Seperti anjing bila digosok-gosok jinak juga. bila jauh menyalak-nyalak tunjuk garang..
Post a Comment