Ketika kerajaan PAS Kelantan kini sedang sibuk dengan tuntutan royalti petroleum, mungkin rakyat terlepas pandang terhadap isu pembalakan di Kelantan yang semakin tidak terkawal.
Malah tanpa segan silu, kerajaan Kelantan terus membenarkan pajakan beberapa gunung-ganang dan hutan simpanan kekal seperti Gunung Stong Utara, Gunung Basor dan Hutan Simpanan Kekal Ulu Nenggiri, Gua Musang kepada mana-
mana pihak.
Status tanah-tanah ini kemudian ditukar kepada lot-lot pajakan bebas (bukan bumiputra) untuk memudahkan mana-mana syarikat terlibat memajak kawasan tanah tersebut sehingga 66-99 tahun.
Dianggarkan setiap tahun RM700 juta hingga RM1.8 bilion hasil balak Kelantan dibawa keluar, namun dengan hasil yang begitu besar, apakah rakyat Kelantan mendapat "hak" mereka?
Malah beberapa kawasan tadahan hujah turut terlibat dengan pembalakan sehingga menyebabkan kawasan itu tercemar, sekaligus mengurangkan jumlah kawasan tadahan air di negeri Kelantan. Dan ini adalah antara beberapa faktor Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menghadapi kesulitan untuk membekalkan air bersih kepada rakyat negeri itu.
Seandainya hak rakyat seperti bekalan air bersih pun dirampas kerana kerakusan kerajaan PAS Kelantan membenarkan pembalakan yang berlaku secara berleluasa, apakah layak untuk PAS hari ini sibuk menagih wang royalti yang belum pasti milik kerajaan negeri Kelantan.
Pajak tanah balak siap buat iklan di Mudah.my;
http://www.mudah.my/ Balak+10k+ekr+siap+geran+20 +tan+ekar+nenggiri-1759370 8.htm
http://www.mudah.my/ Kawasan+Balak+Hutan+Dara+da n+Hutan+Simpan-17633953.ht m
Status tanah-tanah ini kemudian ditukar kepada lot-lot pajakan bebas (bukan bumiputra) untuk memudahkan mana-mana syarikat terlibat memajak kawasan tanah tersebut sehingga 66-99 tahun.
Dianggarkan setiap tahun RM700 juta hingga RM1.8 bilion hasil balak Kelantan dibawa keluar, namun dengan hasil yang begitu besar, apakah rakyat Kelantan mendapat "hak" mereka?
Malah beberapa kawasan tadahan hujah turut terlibat dengan pembalakan sehingga menyebabkan kawasan itu tercemar, sekaligus mengurangkan jumlah kawasan tadahan air di negeri Kelantan. Dan ini adalah antara beberapa faktor Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menghadapi kesulitan untuk membekalkan air bersih kepada rakyat negeri itu.
Seandainya hak rakyat seperti bekalan air bersih pun dirampas kerana kerakusan kerajaan PAS Kelantan membenarkan pembalakan yang berlaku secara berleluasa, apakah layak untuk PAS hari ini sibuk menagih wang royalti yang belum pasti milik kerajaan negeri Kelantan.
Pajak tanah balak siap buat iklan di Mudah.my;
http://www.mudah.my/
http://www.mudah.my/
Post a Comment