Bercakap di hadapan 300 pemimpin gereja, Lim berkata, walaupun penganutnya bertanggungjawab di hadapan tuhan, penting untuk mereka menyuarakan "keadilan untuk semua" -- slogan yang juga menjadi seruan Pakatan Rakyat.
"Gereja boleh memainkan peranan (menentang ketidakadilan) untuk mewujudkan masyarakat yang lebih kuat," katanya dalam program dialog di negeri itu semalam.
Pada 5 Mei 2011 bertempat di Hotel Red Rock, Jalan Macalister, Pulau Pinang MP Jelutong Jeff Ooi telah menganjurkan sebuah majlis makan malam dimana pastor pastor Kristian yang giat terlibat dalam aktiviti pendakwahan Kristian di Sarawak, telah dijemput sama.
Pastor dari luar Malaysia yang bergiat di Sarawak juga hadir. Ini juga adalah kebetulan DAP menganjurkan lawatan ADUN DAP yang menang dalam Pilihanraya Negeri Sarawak tiga minggu sebelum itu, berkunjung ke Pulau Pinang.
Dalam majlis itu, difahamkan mereka telah berikrar untuk“Menjadikan Kristian sebagai ugama rasmi Malaysia dan seorang Kristian diangkat sebagai Perdana Menteri”.
Turut hadir ialah Ketua Pemuda Sosialis DAP Ong Ah Tiong dan pemimpin DAP Pulau Pinang Phillip Thum. Apabila cerita ini terbongkar, negara menjadi gempar mengenai pendedahan ini.
TQMYMASSA
Post a Comment