Jambatan Labuan tanpa tol?
Dahulu cadangan pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok semasa era Tun Mahathir dan Tun Abdullah ditentang habis-habisan oleh puak fuckatan kununnya membazir wang rakyat. Namun kini ia menjadi umpan fuckatan meraih undi rakyat di Labuan dan Sabah. Mereka mencanangkan untuk menggunakan wang royalti minyak sebanyak RM4 bilion – RM6 bilion dan lain-lain rezab negara bagi menanggung kos penyelenggaraan tol seluruh negara termasuk meniadakan kutipan tol di Jambatan Labuan kelak. Namun adakah mereka menepati janji?
Janji DAP sebelum menawan Pulau Pinang dalam PRU12 lalu untuk mempercumakan tol Jambatan Pulau Pinang dan tol Sg Nyior hanya tinggal janji - dasar chauvinist penipu!
Sepanjang tahun 2009-2010, PLUS telah membelanjakan RM1.8 bilion untuk menyelenggarakan lebuhrayanya. Semuanya hasil dari kutipan tol. Kita bayangkanjika Jambatan Pulau Pinang gagal diselenggarakan kerana ketiadaan peruntukkan hasil kutipan tol, dah pasti ia akan buruk, rosak dan akhirnya runtuh.
Mengikut Jabatan Statistik Negara 2011, penduduk Pulau Pinang kini adalah 1.56 juta orang (kelapan yang tertinggi di Malaysia), di mana kepadatannya seramai 1,490 orang sekilometer persegi. Bayangkan pula jumlah orang yang melalui jambatan Pulau Pinang setiap hari.
Jumlah penduduk Labuan pula hanya 83,920 lebih 15 kali ganda lebih rendah dari penduduk Pulau Pinang. Jadi berbaloikah keluarkan RM3 billion untuk membina Jambatan Labuan sedangkan masih banyak lagi keperluan rakyat di Labuan, Sabah dan Sarawak yang masih perlu dibantu.
Fakta telah membuktikan United Nations Development Programme (UNDP) for Malaysia, Singapore and Brunei pada tahun 2007 telah melaporkan bahawa peribumi Sabah dan Sarawak masih miskin. Justeru kerajaan BN telah menyalurkan peruntukkan yang besar dan berterusan kepada negeri-negeri ini secara berperingkat dengan mengutamakan pembangunan di sektor-sektor lain yang lebih penting agar taraf hidup rakyat meningkat, bukan semata-mata mahu membina jambatan maka semua masalah boleh selesai sekelip mata.
Malah perjanjian damai MILF dengan kerajaan Filipina pada 15 Oktober 2012 lalu turut mempunyai impak besar mengurangkan masalah pendatang haram di Sabah dan Labuan. Ini akan memberikan kelebihan kepada Kerajaan Pusat merencana dan melaksanakan pelbagai pembangunan yang menguntungkan rakyat di negeri-negeri tersebut di masa hadapan tanpa perlu lagi rungsing isu kebanjiran pendatang asing dari Mindanao.
Inisiatif BN membantu rakyat Labuan, Sabah dan Sarawak melalui Bajet 2013.
Semasa Bajet 2013, Dato’ Seri Najib telah mengumumkan kadar penurunan tambang feri Sabah- Labuan sebanyak 50%. Manakala Kementerian Pengangkutan dan Perbadanan Sabah turut diarahkan secepat mungkin untuk menambah baik sistem feri Labuan-Sabah-Labuan bagi menjimatkan kos dan masa perjalanan, seterusnya mengurangkan harga barang dan implikasi lain ke atas WP Labuan.
Ini dapat dibuktikan apabila kerajaan akan menyalurkan peruntukkan sebanyak RM386 juta bagi memastikan harga barangan keperluan di Sabah, Sarawak dan Labuan dapat dikurangkan. Ini termasuklah Program Penyeragaman Harga, Pemberian Subsidi Pengangkutan serta melaksanakan pembinaan 57 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan menanggung kos penghantaran produk dari Semenanjung ke negeri-negeri terbabit.
Tambang Feri Murah untuk Rakyat – Inisiatif Bajet Kerajaan BN
Feri
|
Kelas
|
Harga Sebelum Bajet 2013
|
Harga Selepas Bajet 2013 (Berkuatkuasa 1 Januari 2013)
|
Rajawali
(Feri Ekspress)
Menumbok-Labuan-Menumbok
(45 Minit)
|
Istimewa
|
RM5.00
|
RM2.50
|
Ekonomi
|
RM10.00
|
RM5.00
| |
Khas
|
RM15.00
|
RM7.50
| |
Bisnes
|
RM15.00
|
RM7.50
| |
Satu
|
RM20.00
|
RM10.00
| |
Speed Boat
Taxi Boat
(20-40 Minit)
Menumbok-Labuan-Menumbok
|
Penumpang Biasa
|
RM15.00
|
RM7.50
|
Wawasan Perdana
(Feri Standard)
Menumbok-Labuan- Menumbok
(1 Jam 30 Minit)
|
Penumpang
|
RM5.00
|
RM2.50
|
Kereta
|
RM40.00
|
RM20.00
| |
Kereta 4WD
|
RM52.00
|
RM26.00
| |
Landing Fee (Kenderaan)
|
RM14.00
|
RM7.00
|
Menurut jadual diatas, berkuat kuasa 1 Januari 2013 tambang feri Labuan-Sabah-Labuan akan berkurangan secara drastik dan mengikut kiraan mudah, perbelanjaan sepatutnya berkurang sebanyak 50%! Implikasi dari kesan pengurangan tambang merangkumi secara aspek total dari segi harga barang dan jumlah penumpang yang akan keluar masuk di antara WP Labuan dan Sabah.
Isu perkhidmatan feri yang tidak efisien akan diselesaikan menjelang tahun hadapan dengan usaha menaiktaraf pelabuhan-pelabuhan, perkhidmatan serta feri-feri yang sedia ada.
Ini adalah alternatif awal menyelesaikan masalah rakyat yang tidak pernah difikirkan oleh fuckatan. Agenda pembinaan projek Jambatan Menumbok-Labuan dan lain-lain pembangunan rakyat setempat akan lebih rancak jika BN menang besar dalam PRU13 kelak, Insya Allah.
Kerajaan sememangnya selalu menepati dan melunaskan janjinya berbanding fuckatan hanya cakap berdegar-degar tetapi semuanya auta dan manis cuma di atas kertas dan pentas politik sahaja. Mereka tidak ada kemampuan mentadbir dan sering bertelagah sesama sendiri untuk menjadi juara kelompok masing-masing. Mereka hanya tahu menabur janji, berbohong dan memfitnah untuk membangkitkan kebencian rakyat. Namun tidak pernah mahu bertanggungjawab di atas kemusnahan akibat kesilapan mereka, sebaliknya akan tetap menyalahkan BN-UMNO. Itulah tanda sesungguhnya PAS, PKR, DAP dan pembangkang sefuckatan memang tidak boleh sama sekali diharapkan menjadi pemerintah negara kita apatah lagi mahu dipertanggungjawabkan membina sebuah jambatan mega
Post a Comment