Puluhan kereta tonto mengekori pihak berkuasa terutama anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di negeri ini, dilengkapi peralatan komunikasi canggih sebaik anggota penguatkuasa itu keluar bertugas.
Malah lebih teruk, tonto dengan beraninya ‘berkampung’ di luar pekarangan ibu pejabat JPJ Perak seolah-olah sengaja mencabar pihak berkuasa.
Sumber JPJ berkata, kumpulan tonto itu bertindak sebagai pelindung pelbagai kegiatan haram, termasuk sindiket curi pasir, perlombongan atau pembalakan haram, lori hantu, penjualan cakera padat digital (DVD) cetak rompak dan pelbagai jenayah lain.
Menurutnya, tonto terbabit bukan sahaja bersikap samseng, tetapi kini lebih berani dengan menyerang dan mencederakan pihak berkuasa yang menjalankan tugas.
“Kumpulan tonto bukan sahaja menjadi ‘orang hadapan’ memberi maklumat kepada pelanggan mereka mengenai kehadiran anggota penguatkuasa, malah berani mencabar, menghalang malah mengugut anggota penguatkuasa.
“Mereka dibayar sindiket antara RM50 dan RM100 sehari, malah ada turut dibekalkan minyak oleh tauke setiap hari demi memastikan misi mengawasi pergerakan pihak berkuasa berkesan,” katanya.
Kebanyakan tonto berkerja mengikut syif siang dan malam dengan menunggu di luar pejabat JPJ dan akan mengekori serapat 0.3 meter dari kenderaan penguatkuasa yang keluar melakukan operasi.
“Identiti kumpulan samseng ini mudah dikenal pasti kerana menggunakan kenderaan mempunyai banyak antena pada bumbung supaya memudahkan mereka menggunakan walkie-talkie selain menghantar maklumat kepada pemandu lori supaya mengelak menggunakan laluan yang ada pihak berkuasa.
“Kegiatan kumpulan samseng ini yang sudah berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu, sudah banyak kali didedahkan media. Malangnya mereka semakin berani melakukan provokasi dan mengugut pihak berkuasa,” katanya.
Terbaru, kumpulan tonto bertindak menghimpit kenderaan JPJ yang mengejar sebuah lori membawa muatan berlebihan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) sebelum pemandu lori berkenaan membuang muatan tanah dibawanya di atas jalan utama berhampiran Taman Gemilang, di sini.
Doktor tersilap potong kaki pesakit
-
Oleh – Syeikh Baran Seorang lelaki di Kanada terkejut apabila mendapati
pakar bedah tersilap memotong kaki kirinya sejurus tersedar daripada
pembedahan, ...
4 days ago
Post a Comment