Satu risalah pengiklanan yang tertera perkataan ‘Amah Indonesia Untuk Dijual’ yang ditemui di Chow Kit telah menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia. Perkara ini dijangka akan menjejaskan hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia.
Iklan Amah Indonesia Untuk Dijual
Amah Indonesia Untuk Dijual
Risalah iklan “Pembantu Rumah Indonesia Untuk Dijual” yang ditemui Pengarah Eksekutif Migrant Care, Anis Hidayat di Chow Kit, Kuala Lumpur semalam mencetuskan kemarahan rakyat negara ini. Iklan yang dipaparkan dalam akaun Twitter @anishidayah menyebut, “Permohonan mudah dan cepat. Kini kerja rumah dan memasak menjadi mudah. Anda boleh berehat dan relaks. Wang pendahuluan hanya RM3,500, harga bersih RM7,500.” “Iklan itu satu penghinaan kepada pekerja kita,” kata Anis sebagaimana dipetik daripada tempo.com semalam.Iklan itu memperkotak-katikkan pekerja Indonesia dan kita tidak boleh bertolak-ansur, katanya.Anis menggesa Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Menteri Tenaga Kerja, Muhaimin Iskandar agar mengemukakan bantahan kepada kerajaan Malaysia. Kerajaan Indonesia menarik balik penangguhan untuk menghantar pekerja ke Malaysia tahun lalu. Penangguhan sementara yang dibuat selama dua tahun itu ditarik balik selepas kerajaan Indonesia menandatangani perjanjian baru dengan kerajaan Malaysia agar menjamin hak pekerja Indonesia. – tempo.com
-Harian Metro
+ comments + 1 comments
Siapa siapa pun boleh buat iklan seperti ini diMalaysia. Beritahu saya, bagaimana ianya boleh dikawal oleh Kerajaan? Bagaimana - kalau pun betul pembantu rumah boleh dijual - ianya boleh 'dilaksanakan' tanpa melalui Jabatan Imigrisen? Mohon rakyat Indonesia jangan terlalu sensitip dengan isu kecil sebegini. Jangan terlalu emosi. Siasat dulu. Mustahil hal hal sebegini harus juga melibatkan Presiden Susilo?
Post a Comment