Hari Raya Qurban atau Aidil Adha merupakan hari raya yang terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri. Ia disambut bermula dengan takbir raya pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil Adha serta khutbah raya di pagi 10 Zulhijjah, disusuli dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidil Adha merupakan perayaan yang istimewa kerana ia adalah hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam menunaikan perintah Allah s.w.t. Al Quran telah menjelaskan mengenai ibadah qurban;
"Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syari'atkan penyembelihan Qurban supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzkikan Allah kepada mereka, maka Rabb-Mu adalah Allah yang satu karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh." (Surah Al-Hajj: 34)
Dalam hadis juga menyatakan;
“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban...” (Riwayat At-Tirmizi)
Berbicara soal pengorbanan, umat Islam dituntut untuk melakukan ibadah qurban haiwan sebagai tanda bersyukur terhadap nikmat Allah. Namun di dalam konteks semasa yang lebih luas, ummah diseru untuk terus berkorban melindungi akidah dari gejala-gejala yang boleh merosakan iman dan taqwa sehingga boleh jatuh syirik dan murtad.
Amalan jahiliyah seperti membakar lilin (caddle light vigil) bagi tujuan berkabung atas kematian kaum kafir atau sebagai tanda protes terhadap sesuatu merupakan amalan kaum Yahudi, Nasrani dan Majusi. Begitu juga amalan menghembus lilin di atas kek ketika menyambut hari lahir. Dalam Islam, tiada istilah simbolik dan tolak ansur dalam perkara-perkara bida’ah, khurafat, syubhat dan syirik kerananya kita boleh murtad dan berdosa besar. Rasulullah pernah S.A.W bersabda:
“Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)
“Halal itu nyata dan haram itu nyata dan di antara keduanya terdapat perkara syubhat, kebanyakkan manusia tidak mengetahui” (Riwayat Muslim)
Umat Islam wajib berkorban mempertahankan maruah. Malangnya semangat kebangkitan membela Islam kini telah mengakibatkan kita banyak membuat perkara-perkara yang tidak diajar oleh sunnah. Umat Islam lebih suka berdemonstrasi menunjuk perasaan dengan sepanduk-sepanduk dan slogan-slogan yang menzahirkan tuntutan dengan beriktikad bahawa cara itu adalah suatu jihad. Suara-suara mengutuk, mengecam dan jerit pekik hanya menjatuhkan maruah kita di mata penganut agama lain. Amalan ini sememangnya dilaknat Allah dan Rasul-Nya. Sabda Rasulullah s.a.w;
“Akan muncul nanti tiga perkara (buruk) sebagai tanda hampir kiamat iaitu tempat makmur (masjid) telah lengang dan tempat lengang (pasar dan tempat hiburan) telah makmur (dikunjungi ramai), orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan (demonstrasi) dan seseorang menggesel amanah seperti unta menggesel badannya di pokok kayu”
(Riwayat At-Tabrani)
Rasulullah bersabda lagi; :
“Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang keji dan membuat perkara keji dan menjerit-jerit di jalanan” (Riwayat Ibnu Abi Dunya)
Islam tidak mengajar ummahnya mencetuskan huru-hara. Sebaliknya mengajar untuk bermusyawarah dan berbincang. Setiap tuntutan akan diteliti dan dilaksanakan jika ia membawa kebaikan kepada ummah. Berikanlah sokongan dan cadangan membina, bukan membinasakan apa yang ada.
Islam juga mengajar kita menunjuk kekuatan melalui solat berjemaah, berpadu tenaga dan membuat pelbagai persiapan supaya musuh gerun dan takut mencabar maruah Islam. Firman Allah;
“Siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kalian sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambatkan untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kalian menggentarkan musuh Allah dan musuh kalian serta orang-orang selain mereka yang tidak kalian ketahui sedangkan Allah mengetahuinya”. (al-Anfal:60)
Malangnya, kaum kuffar kini bebas menghina Islam, sedangkan ramai umat Islam tidak merasa tercabar apabila agamanya dihina. Apakah ini menunjukkan ummah telah kehilangan jati diri kerana sibuk dengan urusan keduniaan dan berpolitik atau kita sememangnya sudah lemah iman ataupun ancaman kaum kuffar terlalu kuat?
Kita terlalu banyak bercakap, memprotes sana sini dan itu ini tetapi amat kurang tindakan. Bertambah malang lagi ada pula segelintir kita sanggup bersengkongkol dengan musuh-musuh Islam sehingga sanggup mengorbankan maruah agamanya kepada golongan kuffar hanya untuk merasai betapa nikmatnya disanjung dan berkuasa.
Janganlah kita riak mendakwa kononnya telah berjaya mentarbiyahkan golongan bukan Islam. Sebaliknya, terlalu banyak hak ummah tergadai semata-mata mahu berkompromi menjaga hati mereka. Adakah kita mahu menunggu bila saat berkuasa baru kita mahu berbicara soal umat Islam atau setelah ketiadaan kuasa baru kita menyesal tak sudah setelah kehilangan segala-galanya?
Sempena Aidil Adha ini, marilah kita terus berkorban demi agama, bangsa dan negara. Berbaktilah dengan ikhlas dan bersyukurlah dengan segala nikmat yang diperolehi. Usahakan agar mendapat lebih baik lagi.
Jangan kita menjadi korban percaturan musuh-musuh Islam yang manis muka di hadapan kita tetapi hati mereka penuh muslihat. Setiap umat mempunyai kewajipan mempertahankan kesucian Islam dan tunggak-tunggaknya.
Semoga Allah terus memberi hidayah dan kekuatan ukhwah buat kita semua untuk terus mempertahankan akidah dan maruah ummah dari kejahatan musuh - musuh Islam.
Selamat menunaikan ibadah qurban dan semoga jemaah kita mendapat haji yang mabrur di Baitullah. Amin. Allahuakbar…Allahuakhbar…Allahuakbar Walillahiilham.
*Renung-renungkan dan sebar-sebarkannya
sumber
Jihad Membela Fitnah PAS
-
Jihad Membela Fitnah PAS Bagi umat Islam, sejak dari kecil kita sudah
diingatkan oleh ibubapa kita serta ustaz atau ustazah yang mengajar
pendidikan ag...
1 day ago
+ comments + 2 comments
TERBAIKLAH APA YG AAKJ CKP NI JADIKAN SEBAGAI SATU NASIHAT APA YG DIA KATAKAN DAN AMBIK IKTIBAR DARI NASIHAT BELIAU. KITA SEBENARNYA TLH LALAI DLM MENYEMPURNAKAN AGAMA ISLAM KITA SEBAB TU KAFIR BERANI BERMAIN DGN AGAMA ISLAM KITA. SEPATUTNYA KITA ORG2 ISLAM MESTI BERSATU DAN MELAWAN UTK MENEGAKKAN ISLAM KITA.
Janganlah kita dikam dgn apa yg berlaku kat negara kita ni seperti lgbt yg berleluasa kat megara islam kita ni, kita sepatutnya bamgkang dan terus mengharankan lgbt kat negara kita kerana agama rasmi negara kita adalah islam. so siapa yg tak su8ka dgn islam boleh blah.
Post a Comment