Label 10

Home » » ZAINAL SAKOM ADA MASALAH KERJASAMA DENGAN DS ROSMAH ?!!

ZAINAL SAKOM ADA MASALAH KERJASAMA DENGAN DS ROSMAH ?!!

Written By AAKJ on Tuesday, September 11, 2012 | 2:00 PM



Assalamualaikum wb,  Salam kemenangan kerana kembali kepada FITRAH di bulan Syawal yg mulia ini semoga segala amal yg kita laksanakan sepanjang siang dan malam sebulan Ramadhan tahun ini diterima  Allah.

Semoga kita termasuk di dalam kumpulan yg di Isytiharkan Nabi Saw yg bermaksud  " Barang siapa yg  Berpuasa  dengan Imanan Wahtisaban, diampunkan dosanya. Amin Ya Allah.

GAP telah menamakan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) sebagai sebuah organisasi menjaga anak-anak yatim dan Miskin termasuk yg berjaya, dalam blognya. Mewakili keluarga besar YBK saya mengucapkan terima kasih atas pengiktirafan yg amat tinggi  dari GAP dan pembaca yg sudi membacanya.

Program yg dipelopori oleh Yb Ds Rosmah itu telah pun di cadangkan oleh YBK pada tahun 1995, namun oleh kerana  ketidak mampuan YBK kerana ianya melibatkan kewangan yang besar jumlahnya disamping tidak mendapat dokongan mana-mana pihak diwaktu itu maka dianya , jadi sejarah.

YBK melihat Takaful ini amat bermunafaat jika dilaksanakan pada waktu itu satu proposal projek One Persen Club telah diangkat kepada Menteri Kewangan memohon supaya syarikat berjaya mewakafkan 1% dari keuntungan kepada satu badan dibawah kementerian Kewangan dan wang ini  akan di munafaatkan untuk progrem2 Pembasmian Kemiskinan secara  terancang dan bermatlamat. 

Termasuk menggunakan dana ini untuk menginsurankan ketua isi rumah dan tabungan pendidikan anak-anak mereka di gembeling dari dana ini. Malangnya setelah  diseminarkan, dipersetujui pakar-pakar ianya tidak dapat keputusan muktamat dari kementerian Kewangan. Maka kesah ONE Persen Club  hanya jadi cita-cita orang-orang yg  ada cita2 tapi tak memiliki kuasa gagal di munafaatkan.

YBK disebut sebagai sebuah Badan yang berjaya menjaga anak-anak yatim dan Miskin dan Ds  Rosmah disaran supaya bersama YBK untuk mementapkan gerakan ini.

YBK ingin mengistiharkan bahawa penglibatan DS Rosmah dengan aktiviti anak- anak Yatim ini  bukan baru  ketika  DS Najib Menteri Pertahanan DS Rosmah  selaku Setiausaha BAKTI pada waktu itu  telah membawa  Isteri Perdana Menteri  DS Siti Hasmah melawat asrama anak Yatim  YBK di Serendah, Pusat Latihan Kemahiran YBK di Sg Selisek dan di Kuala Selangor, seterusnya melawat Desa Kaseh Merbau Berdarah di Sg Besar Sabak Bernam sehari suntuk. 

Kali kedua sokongan DS Rosmah telah mengiringi pula DYMM  Permaisuri Agong mencemar duli  melawat Asrama Kaseh YBK di Serendah,  sehingga kini tiap-tiap tahun DS Rosmah telah memberikan belanja Raya kepada anak -anak didua asrama YBK yg beroperasi dan aktibiti ini terus berjalan tanpa di war-warkan dengan permintaan beliau sendiri

Kerana itu tidaklah keterlaluan jika YBK memang memandang tinggi penglibatan DS Rosmah dalam kerja2 Kebajikan ini dan YBK akan  isentiasa  ingin bekerja dengan beliau  . 

Bukan kerana beliau  isteri Perdana Menteri tapi lebeh dari itu kerana istiqamahnya beliau dng kerja2 kebajikan ini,  kesibukannya sebagai isteri PM . Tak lupa anak2 asrama dijemput berbuka di Seri Perdana menyebabkan beliau sentiasa dihati anak-anak.

Kesah dan cerita begini mungkin tidak berapa disukai DS Rosmah namun YBK berpendapat lebeh banyak badan- badan amal patut bangun menceritakan sendiri  kesah benar ini supaya rakyat tidak  terperangkap dengan persepsi2 negatif yg cuba di suap dan dipaparkan oleh kumpulan, puak dan individu yg ada agenda  untuk  memberi gambaran songsang kepada beliau.

Dato' Zainal Abidin Hj Sakom JP,
Pengerusi 
Yayasan Basmi Kemiskinan 
No 32 & 34'  SS 7/24
Kelana Jaya.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger