Label 10

Home » » WAJIB TAHU !! KRONOLOGI NIK AZIZ LARI TINGGALKAN MESYUARAT SYURA !! FOTO !

WAJIB TAHU !! KRONOLOGI NIK AZIZ LARI TINGGALKAN MESYUARAT SYURA !! FOTO !

Written By AAKJ on Friday, September 14, 2012 | 9:00 PM




Utusan menulis seorang pemimpin ulama Pas yang juga ahli Majlis Syura Ulama telah mendedahkan yang Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Pok Nick) telah tidak berpuas hati dengan Majlis Syura Ulama yang mengambil ketetapan tidak mengenakan tindakan ke atas bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa sehingga menyebabkan beliau meninggalkan mesyuarat majlis itu lebih awal, Ahad lalu, 9 September.

Kata pemberi maklumat bahawa Pok Nick betul-betul mahu melihat Nasharudin dihukum kerana bersikap bertentangan dengan dasar PAS yang menjalin kerjasama dengan DAP.

Kata sumber lagi, Pok Nick menunjukkan reaksi tidak selesa dan tidak berpuas hati apabila membaca agenda mesyuarat pada malam tersebut yang sepatutnya membincangkan isu Nasharudin, tetapi langsung tiada dalam senarai sebagaimana diharapkan oleh beliau.

"Reaksi Tok Guru begitu ketara, selepas beliau meneliti agenda mesyuarat. Beliau nyata tidak berpuas hati dengan ketetapan majlis syura untuk tidak membincangkan isu Nasharudin, malah, sepanjang mesyuarat, beliau begitu kerap melihat jam tangan sebagai tanda tidak selesa.

"Terdahulu semasa Nasharudin bersalam dengan beliau sebelum mesyuarat, Tok Guru dilihat bersikap dingin. Nik Abdul Aziz turut memberi alasan terpaksa meninggalkan mesyuarat awal kerana tidak tahan dengan kesejukan pendingin hawa di bilik itu," - kata sumber itu yang juga pemimpin kanan Pas kepada Utusan Malaysia.

Menurut sumber sama, Pok Nick meninggalkan majlis kira-kira pukul 9 malam dan mesyuarat itu kemudian dipengerusikan Timbalannya, Datuk Dr. Haron Din. Iaitu selepas beliau hanya berada 20 minit didalam mesyuarat.

Sumber juga memberitahu bahawa golongan talibarut Anwar sebenarnya berharap Nasharudin tidak hadir pada mesyuarat malam tersebut bagi membolehkan tindakan disiplin diambil terhadap beliau.  Tetapi hajat mereka terbantut apabila bekas Timbalan Presiden Pas itu muncul kira-kira 10 minit sebelum majlis syura bermula.

"Mereka (talibarut Anwar) sebenarnya sudah maklum dengan pendirian golongan ulama dalam majlis syura yang tegas mempertahan Nasharudin dan sebagai jalan terakhir untuk 'mengenakan' anak didik Allahyarham Datuk Fadzil Noor ini ialah berharap beliau tidak hadir mesyuarat,"

Maka terjawap lah sudah bahawa kepercayaan terhadap Pok Nick sudah mula pudar dan segala kehendak Pok Nick tidak lagi diikuti bulat-bulat seperti sebelum ini.

Dengan itu pada tarikh 9 September, maka bermula lah detik dan pertanda kejatuhan Pok Nick didalam sejarah Pas.

Ini adalah kerana langkah Pok Nick sebelum ini dengan beriya-iya mahu memecat Hassan Ali atas desakan Anwar telah banyak membawa mudarat daripada kebaikan kepada PAS.

Mudarat kepada PAS, tetapi sebaliknya ia membawa banyak hikmah kepada Umno-BN.



POSTER ;









Share this article :

+ comments + 2 comments

September 14, 2012 at 9:23 PM

Taring Pok Nicky sudah hilang,,,

http://wubra.blogspot.com/2012/09/taring-yg-hilang-pok-nicky.html

Anonymous
September 14, 2012 at 9:43 PM

harapkan ulamak ni je yg tinggal dalam Pas yg benar2 pejuangkan islam dan perpaduan sesama umat islam dimalaysia, ulamak yg lain tu semua tak boleh ikut, persaudaraan seislam diputuskan tp dgn org2 kafir yg bersungguh2 tolak islam dianggap saudara dunia akhirat buat Pas

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger