MCA terlalu akrab dengan tauke, menjadi “intellectually flabby” sewaktu di bawah kepimpinan Ling Liong Sik dan dipenuhi terlampau banyak ekor dinosaur tua — inilah yang diretweet The Star iPad memetik pandangan Ong Kian Ming, pengarah kempen pilihanraya DAP.
Sebab itulah agaknya Muhyiddin Yassin berkata ianya merupakan “cabaran luarbiasa” untuk menangani pengaruh media sosial.
Saluran-saluran Facebook, Twitter, YouTube dan sebagainya menjadi wadah yang berkesan untuk menghentam BN.
Bayangkan jentera media MCA, iaitu The Star versi iPad, boleh begitu seronok di Twitter memperlekehkan 1Malaysia yang mahu diganti dengan cogankata lain, menyergah suratkhabar Utusan (“print outrageous lies”) dan memburuk-burukkan polis (“beats up journalists at public rallies”).
Screenshot bawah: Retweeted by The Star iPad
Timbalan Perdana Menteri berkata BN berhadapan dengan situasi dunia baru alam maya di mana media sosial mempunyai pengaruh yang lebih kuat daripada media tradisional.
(BN juga berhadapan dengan situasi ditikam belakang oleh Gunting dalam Lipatan.)
Inilah yang dikatakan oleh TPM (ruj. komen kesat di atas tercatat dalam YouTube sebagai respons kepada ucapan Muhyiddin) — budaya mencarut yang menular di media sosial.
Selain maki-hamun, ada sekelompok Facebooker telah memuatkan gambar Najib Razak yang memaparkan kesan tapak kasut pada wajahnya.
Politik benci amat ketara di media sosial yang rata-rata dikuasai jentera Pakatan beserta jentera MCA yang sedap-sedap mempromosi personality cult DAP.
Sebab itulah DAP baru-baru ini melantik juru strategi media sosial, Yeo Bee Yin, untuk mempergiatkan lagi asakan bala tentera siber parti mereka. Saya tidak akan hairan pun sekiranya The Star mencanang-canangkan nama Bee Yin nanti atas sebab dia Kristian (evangelis) — elemen yang menepati minat dan citarasa suratkhabar tersebut.
Manakala itu, Chua Soi Lek pula mendedahkan:
“Because the Opposition is so successful in inciting hatred against Barisan Nasional leaders, many of those who attend political functions do not want to even shake our hands.”
Dr Chua harus sedar bahawa suratkhabar milik partinya turut memupuk anasir-anasir media sosial yang menghasut orangramai untuk membenci kerajaan dan mempersendakan orang BN. (Tan Keng Liang yang dicerca dalam talian TwitterThe Star ialah ketua pemuda Gerakan Kedah.)
The Star mengelolakan rancangan ‘On the Spot’ pada iPad untuk mempromosi ‘personaliti’ Twitter.
Pilihan-pilihan akhbar itu nyata condong kepada politikus pembangkang dan penggiat politik pro-Pakatan termasuk juga seorang yang telah menggelar Chua Soi Lek sebagai “penzina” dan sibertrooper BN sebagai khusyuk kepada topik seks songsang dan lucah (“porn”)
The Star iPad merupakan lapangan syok sendiri bagi orang pembangkang. Yang ‘best’nya ia dibiayai MCA.
MCA penuh dengan “dinosaur tua”, mengikut tweet oleh akhbar miliknya. Perlu diingati bahawa dinosaur telah pupus dari muka bumi.
Kalau MCA berasa terdorong untuk menjadi spesi yang pupus, itu hal dia. Jangan membebankan parti-parti rakan dan membiarkan kakitangan media Star untuk menyerang BN dengan sewenang-wenangnya sudah.
Post a Comment