Label 10

Home » » POSTER JILAT PEMIMPIN PRO KOMUNIS MULA D SEBAR !! ANJING KURAP TAK PUASHATI PIJAK GAMBAR PM !!

POSTER JILAT PEMIMPIN PRO KOMUNIS MULA D SEBAR !! ANJING KURAP TAK PUASHATI PIJAK GAMBAR PM !!

Written By AAKJ on Friday, September 7, 2012 | 4:30 PM




Entah di mana letak akal fikiran puak-puak ni amat kami hairankan. Bagaimana mereka berfikir perjuangan komunis itu satu perjuangan menuntut kemerdekaan pun kami pelik!

Memang benar komunis menentang British. Tapi apa pula objektif utama mereka jika kemenangan berpihak kepada komunis? Adakah keamanan seperti sekarang akan dikecapi?

Ini semua ajaran ahli sejaran Bang Mat Sabu la ni. Bang Mat Sabu ni cukup pakar mengkaji sejarah dari satu arah sahaja. Itu yang terjadi pada masyarakat pembangkang sekarang.

Melayu-melayu dalam parti komunis sebenarnya telah pun dibasuh kepala otak mereka untuk berjuang bersama komunis. Memang tujuan asal mereka mahu menuntut kemerdekaan daripada British malangnya saluran yang mereka pilih adalah salah.

Komunis hanya mempergunakan Melayu-melayu tersebut bagi memenuhi cita-cita mereka dalam cubaan merampas negara ini dari British pada ketika itu.

Simple logic tapi sengaja diputar belitkan keadaan.

BALING - Masyarakat di sini kecewa dengan tindakan pihak tertentu yang cuba menimbulkan kemarahan penduduk dengan melekatkan poster berbaur penghinaan kepada pemimpin negara, kelmarin.

Kejadian yang dipercayai dilakukan pada awal pagi itu dilekatkan di Stesen Teksi Baling sebelum disedari oleh penduduk setempat kira-kira jam 8 pagi.

Poster itu menyifatkan semua pemimpin negara sebagai pengkhianat sepanjang zaman, malah turut meletakkan gambar Chin Peng yang dikatakan sebagai pejuang menentang Jepun dan British.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, poster itu ternyata menimbulkan kemarahan dalam kalangan penduduk setempat.

Katanya, dia tidak menuduh mana-mana pihak tetapi berharap pihak berkenaan dapat melakukan siasatan bagi memastikan tiada lagi penyebaran poster seperti itu.

“Saya tidak mahu masyarakat semakin hilang rasa hormat kepada pemimpin negara. Kita tidak sedar negara yang selama ini aman dan damai ditadbir oleh pemimpin yang dikatakan itu,” katanya semalam.

Katanya, dia tidak menolak poster itu bagi menimbulkan kemarahan masyarakat di sini sehingga sanggup mengiktiraf Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan.

“Akibat hasutan dan dakyah pihak tertentu, ada dalam kalangan mereka yang sanggup mengubah sejarah antaranya seperti mengenai isu bendera Malaysia.

“Sekiranya golongan ini terus menyebarkan dakyah sebegini, ia ternyata akan merosakkan pemikiran anak muda yang pastinya keliru dengan sejarah Malaysia,” katanya.

TQPILIHANANDA
Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
September 7, 2012 at 5:34 PM

pemimpin2 umno sekarang pun macam komunis juga..berebut2 nak kumpul kekayaan..biar mampos orang lain tak apa...salkan dia hidup...bunuh pakai C4 pun kaum umno juga...

September 7, 2012 at 10:49 PM

Gambar yang aku kenal Pak Sako dan Ahmad Bostamam, dan Dr Burhanudin Al Helmi. Sebelum WW2 tu....Ahli Kesatuan Melayu Muda.

Anonymous
September 8, 2012 at 9:10 AM

Pemimpin pkr di sgor dap d penang pas di klate lagi teruk. kes talam dinar emas ladang rakyat kohilal rumah urut tanah mutiara....mcm 2 ada

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger