Label 10

Home » » PILIHANRAYA KAMPUS !! SENARAI DEKAN & KETUA KAMPUS KEKAL MENGHASUT PELAJAR LAWAN KERAJAAN ?!!

PILIHANRAYA KAMPUS !! SENARAI DEKAN & KETUA KAMPUS KEKAL MENGHASUT PELAJAR LAWAN KERAJAAN ?!!

Written By AAKJ on Tuesday, September 25, 2012 | 12:00 PM



1.  Pada penamaan calon UIA kali ini ramai dikalangan para mahasiswa apabila ditanya berkenaan dengan calon Pro Aspirasi (Pro A), mereka memberi maklum balas bahawa calon Pro A lebih dilihat kepada kurang agrasif dan lembik. Mereka juga menyatakan bahawa calon dilihat tidak berwibawa dan tidak dapat membawa suara mahasiswa. Pada ucapan calon yang dilaksanakan pada hari Jumaat yang lalu memperlihatkan calon berucap dengan gaya yang kurang meyakinkan kepada mahasiswa lain.


2.   Strategi Pro Mahasiswa (Pro M) di UIA mereka menghantar mahasiswi untuk meniliai dan menjadi perisik untuk calon Pro A pada sesi ucapan calon. Mereka ini membuat penilaian untuk diguna pakai pada kempen bagi calon mereka Pro M. Mahasiswi yang hadir sebagai perisik ini bila ditanya memberi jawapan terus terang berkenaan calon Pro A yang dikatakan lembik dan tidak agrasif.


3.   Di Universiti Malaya (UM) pula Dekan Fakulti dan ketua-ketua kampus dilihat sebagai pro kepada pembangkang. Faktor sebahagian pensyarah dan pentadbiran sama disetiap universiti seluruh Malaysia yang lebih condrong kepada pihak pembangkang hingga mempengaruhi para mahasiswa.


4.  Dilihat kini pelajar lebih berhati-hati dengan gerak kerja PRK kali ini setelah tindakkan AUKU yang diambil terhadap isu pijak gambar YAB PM terhadap pelajar yang terlibat. Kehadiran pihak polis digalakkan di PRK ini untuk memantau pelajar yang dilihat agrasif dalam siri berkempen. Pro A UM hari ini telah mengambil langkah yang ke depan dan tepat apabila hari ini mereka menghantar memorandum kepada pihak polis agar pihak polis terlibat secara langsung dalam pemantauan PRK kali ini. Pihak polis juga boleh berkerjasama dengan pihak universiti untuk mengadakan kempen atau program bersama mahasiswa dalam mengeratkan hubungan antara pihak polis dan mahasiswa.


5.    Bagi pihak PAS pada PRK kali ini mereka menyatakan sudah cukup dengan penglibatan para mahasiswa pada Ijtimak Tarbawi setiap tahun untuk mereka memantapkan saf kepimpinan muda. Mereka menyatakan bahawa kejayaan mereka melaksanakan program Ijtimak Tarbawi ini adalah kejayaan PAS mengkader saf kempimpinan muda dan juga menarik sokongan anak muda di universiti. Ijtimak Tarbawi ini diketuai oleh Nasaruddin Tantawi dan juga Nik Abduh. Dalam Ijtimak Tarbawi ini juga dijemput rakan Blogger dan Rakan pengendali media maya dan diwajibkan kepada para mahasiswa/siswi yang telah diusrahkan disetiap universiti untuk hadir.


6.  Menteri yang bertanggungjawab dengan UIA adalah Dato’ Seri Jamil Khir. Beliau telah menugaskan pegawai khasnya bernama Gunawan untuk memantau politik di UIA. Gunawan adalah anak kelahiran Kelantan dan juga bekas pelajar UIA. Semasa beliau belajar di UIA beliau kerap melibatkan diri dengan aktiviti pembangkang. Kehadiran Gunawan di UIA dilihat tidak banyak membantu dan tidak banyak membawa kepada perubahan kerana beliau banyak menghabiskan masa bertemu kawan lama dan lebih tepengaruh dengan aktiviti pembangkang.


7.  Bagi pemantauan di UTM Skudai Johor – Pada  hari Jumaat yang lepas Pro M ada mengadakan perhimpunan selepas solat Jumaat bertempat di Dataran Agora UTM tetapi perhimpunan tersebut dapat dihentikan oleh pihak HEMA dan pihak keselamatan Universiti. Tuntutan Pro M di perhimpunan tersebut sama dengan tuntutan Pro M Universiti Malaya iaitu tarikh PRK, dana calon, kotak pembuangan undi, peglibatan pelajar dalam mengurus PRK dan tidak mahu penglibatan HEMA dalam PRK.


8.    Di UTM penamaan calon pada 20 atau 21 haribulan, berkempen pada 22-24 haribulan dan pembuangan undi pada 25 haribulan September. Pada tahun lalu Pro M dilihat kekurangan calon untuk bertanding dan ada yang menarik diri disaat akhir hinggakan ada calon Evo M menang tanpa bertanding. Bebeza dengan kempen kali ini yang dilihat Pro M lebih bersedia dengan calon mereka pada PRK kali ini.Tiada poster mencari calon Pro M seperti tahun lalu, kerana mereka telah mengfokuskan calon yang berwibawa untuk mewakili Pro M. Dijangkakan PRK di UTM agak sengit kerana ramai dikalangan mahasiswa lama dari kalangan Pro M yang belajar di UTM Kuala Lumpur kini berada di UTM Skudai  untuk menyambung pegajian mereka dan memperlihatkan mereka ini lebih bersedia untuk mengucar kacirkan keadaan PRK kali ini.


9.    Harapan mahasiswa apabila ditemuai berkenaan dengan calon dan wakil pelajar mereka kelak adalah komitmen dan berkhidmat kepada rakan-rakan mahasiswa setelah menang. Mereka juga berharap agar pihak kerajaan memberikan kepercayaan kepada barisan kepimpinan MPP IPTA seluruh Malaysia untuk memainkan peranan yang lebih besar dan berkesan dalam memperjuangkan nasib mahasiswa kini dan akan datang.


10.  Kementerian Pegajian Tinggi (KPT) perlu tegas dalam melihat kepada isu pensyarah yang terlibat secara langsung dengan pihak pembangkang. Ini untuk memelihara IPTA itu agar menjadi ‘intellectual environment’ bebas dari pengaruh pembangkang dan politik songsang. Meningkatkan daya saing ilmu dan bukan daya saing membangkang. Contoh dengan pembuangan Dr Aziz Bari dari UIA adalah tindakkan tepat dan kini Dr Mazliee Malik cuba menjadi hero di UIA pula menggantikan Aziz Bari.  


11. Pada himpunan di Dataran Merdeka pada Ahad yang lalu diwakili oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), dan Gerakkan Demokratik dan Belia Malaysia(GEMA) membantah sebarang campurtangan luar dalam PRK kali ini. 6 tuntutan mereka adalah aspek penetapan tarikh PRK, mahasiswa terlibat urus PRK, pemantauan, kebebasan berkempen, system pengundian yang telus dan dana peruntukan kepada calon bertanding. Perhimpunan ini didalangi oleh ‘Student Power’ yang diketuai oleh Safwan Awang (Pengerusi SMM) dan Ehsan Bukharee (Aksi Mahasiswa Peduli) yang perlu diambil tindakkan tegas oleh pihak IPTA.


12. Telah dimaklumkan pada laporan yang lalu berkenaan dengan kehadiran Dr Mizan di UIA. Dan kini penglibatan beliau telah dibocorkan sendiri pihak UIA bilamana surat arahan kehadiran beliau untuk Ops 2020 oleh YAB PM tersebar luas di internet. Surat arahan yang ditujukan kepada Rektor UIA Zaleha Kamaruddin, persoalannya bagaimana surat sulit boleh bocor dan terlepas kepada pihak pembangkang.


13. Pengerusi Pro M Universiti Malaya, Edikoup Lakir Sediyanto mendakwa dan menyebarkan maklumat bahawa TNC Hal Ehwal Pelajar UM, Dr. Rohana Yusof, campurtangan dalam PRK kali ini dengan hadir ke bengkel Pengerak Mahasiswa yang dikaitkan dengan Ops 2020 dan juga mendakwa program ini didalangi oleh pihak Jabatan Perdana Menteri.




Isi surat:
MAKLUMAN PELANTIKAN TIMBALAN REKTOR UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) BAGI MENJAYAKAN OPS 2020

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk

2. Adalah dimaklumkan, dengan pengesahan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, pelantikan Datuk Prof. Madya Dr. Mizan bin Hitam sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM untuk menggantikan Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal bin Nik Mahmood berkuatkuasa serta merta.

3. Sehubungan itu, pelantikan Datuk Prof. Dr. Mizan bin Hitam adalah bertujuan untuk menjayakan projek OPS 2020 bersempena dengan Pilihan Raya Kampus 2012 yang dijadualkan berlangsung pada 25 September 2012. Semoga makluman kepada pihak puan atas pelantikan ini dapat membawa kejayaan dan kegemilangan kepada Pro-Aspirasi untuk memartabatkan Bangsa dan Negara berlandaskan Perlembagaan UMNO.

4. Kerjasama, sokongan dan perhatian yang diberikan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, wassalam.


(tandatangan)


(DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK)



14. Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) yang dilihat pro pembangkang mendakwa bahawa pengurangan kerusi pada PRK kali ini adalah hasil perancangan Ops 2020 yang telah diatur oleh pihak UMNO dengan pihak universiti. Jumlah 35 kerusi yang ditawarkan pada 2010-2011 kini dikurangkan kepada 28 kerusi sahaja. Isu ini sengaja dibesarkan oleh GMUKM bagi menarik sokongan para mahasiswa dengan menyatakan bahawa kerusi yang dilihat menjadi kubu kuat Pro M dikurangkan oleh pihak universiti untuk melemahkan Pro M. GMUKM juga kini sedang kuat berkempen kepada mahasiswa agar hadir di hari penamaan calon untuk pebarisan untuk mengiringi calon mereka pada hari Jumaat 21 haribulan September 2012 ini.


15. Akhirnya, pada laporan kali ini melihat kepada gesaan para mahasiswa dan juga bagaimana penglibatan pihak luar dari agensi yang ditugaskan oleh pihak kerajaan dilihat oleh mahasiswa sebagai pegacau dalam PRK ini. Bagimana satu makanisma yang baik dalam mencari kesinambungan gerak kerja selaras bagi setiap agensi yang berkhidmat dalam PRK. Kebocoran maklumat juga perlu diambil berat bagi pihak IPTA dalam menguruskan pentadbiran universiti.


16. KPT sebagai badan induk turut dlihat masih lemah dalam usaha selama ini untuk menjadikan IPTA terus menyokong pihak kerajaan. Segala tugas KPT jika dilaksanakan sepanjang tahun di IPTA dan tidak bermusim (hanya bila sampai waktu PRK) maka bebannya tidak disandarkan kepada agensi kerajaan yang lain.


Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 25, 2012 at 1:46 PM

nasi dah jadi bubur. dah tak boleh repair lagi dah. semua sama aje. memang semua jenis nak pelingkup.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger