Label 10

Home » » PERTUDUHAN SALAH LAKU & RASUAH ANWAR BIN IBRAHIM YANG MISTERI HINGGA KINI ?!!

PERTUDUHAN SALAH LAKU & RASUAH ANWAR BIN IBRAHIM YANG MISTERI HINGGA KINI ?!!

Written By AAKJ on Tuesday, September 18, 2012 | 9:30 PM


1. "Bahawa kamu pada 24.5.1995 lebih kurang jam 5.30 petang, di Pejabat Menteri Kewangan, di Kementerian Kewangan, Jalan Duta, Kuala Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah berkaitan dengan siasatan Badan Pencegah Rasuah ke atas Setiaus

aha Sulit kamu, Encik Mohd Azmin bin Ali yang disyaki menerima rasuah sehingga dia telah mengumpulkan harta yang tidak munasabah berbanding dengan pendapatannya, iaitu kamu telah:



a. Campur tangan dalam siasatan itu, dan
b. Mempengaruhi Datuk Shafee bin Yahya, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah untuk menutup siasatan kes tersebut bertentangan dengan prosedur siasatan Badan Pencegali Rasuab tanpa merujuk kepada Pendakwa Raya;
Dan dengan perbuatan kamu itu, Encik Mohd Azmin bin Ali telah dilindungi daripada tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".



2. "Bahawa kamu, pada 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menten Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:



- mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Azizan bin Ahu Bakar bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleb kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah, dan akibatnya Azizan bin Abu Bakar telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti mana yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".



3. "Bahawa kamu, pada 27 Ogos 1997, di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan 88 Kuala Lumpur, ketika menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:



- mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia menggesa Azizan bin Abu Bakar supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan sa1ah laku mereka dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah dan akihatnya Azizan bin Abu Bakar telah memberikan kenyataan bertu1is seperti mana yang diarahkan dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesa1ahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".



4. "Bahawa kamu pada 12 Ogos 1997 hingga 18 haribulan Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:



- mengarahkan Datuk Mohd Said Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Ummi Haflida bt Ali bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda bt Ali telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti mana yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".



5. "Bahawa kamu pada 27 haribulan Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Gawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia menggesa Ummi Hafilda bt Ali supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda Ali memberikan kenyataan umum bertulis bertarikh 29 haribulan Ogos 1997 seperti yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".





-foto hiase hahaha





tq





Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger