Label 10

Home » » PAKATAN HARAM GUNA DUIT RAKYAT JEMPUT ANWAR RASMI MALAM MERDEKA RAKYAT SELANGOR !! TOLAK SULTAN ?!!

PAKATAN HARAM GUNA DUIT RAKYAT JEMPUT ANWAR RASMI MALAM MERDEKA RAKYAT SELANGOR !! TOLAK SULTAN ?!!

Written By AAKJ on Wednesday, September 5, 2012 | 9:42 AM



Mantan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata, Kerajaan BN Selangor sebelum ini sentiasa menjemput Sultan Selangor untuk hadir ke majlis Sambutan Malam Merdeka.

Dr Khir menjelaskan bahawa beliau sebelum ini menjemput Sultan Selangor secara lisan dan secara rasmi  untuk hadir ke majlis di Dataran Kemerdekaan Shah Alam itu dan juga untuk majlis bacaaan surah Yasin keesokan harinya.

"Semasa kerajaan BN, tiap-tiap tahun kita menjemput Tuanku. Terpulang kepada Tuanku untuk hadir ataupun tidak.

"Setiap kali berjumpa (dengan Tuanku sebelum majlis itu), saya juga menjemput secara lisan dan secara (surat) rasmi untuk sambutan ambang kemerdekaan dan bacaan Yassin," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. 

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan setiausaha politik menteri besar, Faekah Husin bahawa kerajaan BN juga tidak pernah menjemput Sultan Selangor ke majlis tersebut.

Faekah dalam kenyataannya sebelum ini , Tuanku tidak pernah dijemput untuk malam ambang kemerdekaan kerana baginda hanya akan hadir pada program rasmi pada sebelah pagi 31 Ogos iaitu majlis tahlil dan doa selamat di Masjid Negeri.

Faekah mengesahkan perkara itu dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohamad Khusrin Munawi yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55.


Malah, beliau juga berkata program sambutan ambang kemerdekaan pada tahun-tahun sebelum ini tidak pernah melibatkan kehadiran Sultan Selangor.

Sehubungan itu, Mohd Khir berkata, kerajaan negeri perlu memohon maaf kepada Sultan Selangor dan tidak menyalahkan orang lain dalam isu menjemput kepada baginda ke majlis sambutan ambang kemerdekaan itu.





"Pemimpin yang baik, kalau tahu buat salah, minta maaf apa yang dibuat. Jangan salahkan orang lain. Minta maaf. Bila lantik nak jadi MB, menghadap Tuanku untuk angkat sumpah. 

"Bila dapat jawatan, tinggal (Tuanku) tak jemput baginda. Habis madu sepah dibuang," kata sambil menganggap Faekah "tidak tahu apa-apa" berhubung hal jemputan tersebut.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menjemput Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berucap di majlis berkenaan memandangkan Anwar bukan pemimpin kerajaan Selangor.

"Kenapa jemput Anwar sebagai tetamu khas... Siapa ketua kerajaan negeri Selangor, Tuanku atau Anwar. Kenapa menggunakan wang rakyat untuk menjemput beliau.

"Dalam satu majlis tak boleh ada dua tetamu khas... Takkan kedua-duanya nak berucap. Kenapa jemput Anwar, atas kapasiti apa. Ketua parti tak boleh dijemput (berucap) untuk majlis kerajaan negeri," katanya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger