Label 10

Home » » MASA DEPAN ANAK YATIM TERBELA & TERJAMIN !!

MASA DEPAN ANAK YATIM TERBELA & TERJAMIN !!

Written By AAKJ on Tuesday, September 4, 2012 | 12:30 PM

alt

Perlaksanaan Pelan Perlindungan Takaful mampu memberi daya usaha kreatif dalam mencipta harapan baru serta jaminan masa depan terbaik buat golongan anak-anak yatim.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menjelaskan, Pelan yang diperkenalkan menerusi Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia (YHKM) ini mampu memberi jaminan kepada golongan tersebut dalam menghadapi sebarang kemungkinan tanpa sebarang bantuan pihak luar.

"Saya dimaklumkan bahawa dengan hanya caruman minimum RM50 sebulan atau RM600 setahun, kita dapat menyediakan jaminan pendidikan, simpanan kewangan dan pampasan kemalangan kepada anak-anak yatim terlibat," katanya ketika berucap pada Majlis Perlancaran Pelan Perlindungan Takaful  dan Sambutan Aidilfitri 1Malaysia anjuran Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia (YHKM) di sini malam tadi.

Beliau turut menyampaikan duit raya kepada 150 anak yatim dari Rumah Titian Kaseh, Rumah Vivekananda Rembau, Rumah Bakti Nur Syaheera dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang.

Dalam pada itu, Rosmah yang juga merupakan Penaung YHKM menambah, pelan perlindungan ini dapat memberi peluang kepada setiap anak-anak yatim yang mencapai usia 21 tahun memperolehi simpanan sendiri sekurang-kurangnya berjumlah RM18 000. Simpanan tersebut mampu meringankan beban golongan ini dalam memberi fokus terhadap masa depan pendidikan seterusnya dimanfaatkan setelah keluar dari Pusat Kebajikan anak yatim masing-masing.

"Bagi memulakan pelaksanaan Projek Inspirasi Harapan, 100 anak yatim dari Rumah Titian Kaseh dan Rumah Anak Yatim Sabak Bernam dipilih menjadi kumpulan perintis yang akan menerima pelan perlindungan takaful itu. Yayasan itu perlu mengumpul dana sebanyak RM60,000 bagi membiayai kos penyediaan pelan takaful bagi tahun pertama untuk kumpulan anak yatim tersebut. Dalam merealisasikan Projek Inspirasi Harapan ini, saya menggesa seluruh anggota masyarakat agar tampil memberi sumbangan kepada anak-anak yang terpilih untuk menerima pelan takaful ini," jelasnya lagi.

SUMBER KLPOS
Share this article :

+ comments + 6 comments

September 4, 2012 at 1:04 PM

Pelan terbaru ni sangat terbaik.. terjamin masa depan anak anak kita.. alhamdulillah

September 4, 2012 at 1:04 PM

U r the best Datin Seri Rosmah!

September 4, 2012 at 1:05 PM

wan azizah ada buat pelan ape? pelan untuk anwar menyondol china doll lagi ker??

September 4, 2012 at 5:34 PM

terbaik DS rosmah,walaupun beliau sering kali di fitnah,di hina oleh puak pembangkang..beliau msh tabah,masih menjaga kebajikan rkyat nye..xkira ape jua bangsa

September 5, 2012 at 1:27 PM

satu langkah yg bijak dan terbaik utk jangka masa panjang bg anak2 yatim ini....aku respect dngn ds rosmah nie walaupun beliau sering kali menjadi mangsa fitnah pakatan harami...ia tidak pernah mematahkan semangat beliau utk meneruskan kerja2 kebajikan nyer....

September 5, 2012 at 1:42 PM

wow!!!!! PAKATAN haram jadah mesti tengah meroyan bila tgk DS Rosmah melayan anak-anak yatim mcm anak sendiri..tanpa mengira pangkat darjat pemimpin mcm DS Rosmah memang terbaik...kalau aljuburi mesti cuba merosakkan anak yatim..siapa yang tak kenal dengan aljuburi..lelaki yang mental tak betul...wahai..balaci2 PAKATAN karam jadah cukup-cukup la menbuat fitnah..taubatlah

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger