Seramai 711 pengguna air Selangor memfailkan saman menuntut ganti rugi RM405,270 daripada Kerajaan Negeri Selangor berhubung tunggakan subsidi air percuma, yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008.
Saman itu difailkan oleh Tetuan Kamarudin dan Partners melalui peguam Kamarudin Ahmad di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, jam 9.30 pagi.
Dalam saman itu, plaintif menamakan Kerajaan Selangor sebagai defenden pertama; Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) masing-masing defenden kedua dan ketiga.
-SH
+ comments + 1 comments
tula...sape suruh gatal undi pembangkang amek kau cube bayangkan kalau satu malaysia jatuh d tgn pembangkang ni adoiii tergadai kot negara ni dlm mase 24 jam je
Post a Comment