DAP: BN ketepi sokongan bukan Melayu dengan menghukum remaja kes pijak gambar PM
KUALA LUMPUR, 8 Sept – DAP hari ini berkata, layanan teruk Barisan Nasional (BN) terhadap mereka yang bertanggungjawab dengan sambutan ambang merdeka menunjukkan mereka sanggup ketepikan sokongan bukan Melayu hanya untuk melindungi ekstremis seperti Perkasa dan Umno.
Setiausaha agung parti, Lim Guan Eng (gambar) berkata ini kerana kerajaan telah menunjukkan sikap berat sebelahnya dengan tidak menghukum puak berhaluan kanan ketuanan Melayu dalam Perkasa dan Umno. ~TMI
Ammar kau keseorangan lagi,
Tengok tajuk pun dah nampak, kalau bukan kerana Ong Sing Yee (gambar), model sambilan cina ini, tidak akan ada suara bersungguh-sungguh dari DAP mengecam penghukuman ini. 'BN ketepi sokongan bukan Melayu dengan menghukum remaja kes pijak gambar PM' (kalau untuk Ammar kenapa tajuk begini? Ammar dan pengibar sang saka malaya kan Melayu).
Dari awal lagi kita lihat, komen dari DAP Pakatan menegenai bendera baru, bendera baru bukan hal kami! (lebih kurang), begitu juga dengan tindakan ke atas Ammar yang tunjuk punggungnya, hanya kecaman umum dari Pakatan, sebabnya mereka ini Melayu.
Tapi apabila melibatkan remaja cina ini (Baca artikel ini versi English), nampak sangat DAP bersungguh-sungguh untuk anak bangsatnya, (kini guna perkauman pula bila guna tajuk tidak mahu undi bukan Melayu) nampak sangat dalam artikel ini, tengok tajuk dan gambar utamanya dah cukup.
Manakala Ammar dan pengibar sang saka komunis hanya tempelan dalam artikel ini, nak cover untuk tidak nampak sangat kecaman utama DAP ialah kerana tindakan ke atas perempuan Cina ini, walhal Ammar yang ditarik balik PTPTN dan dibuang kolej, cina ini hanya digari!
Saudara seislam sekalian,
Sesungguhnya dari awal lagi kita lihat golongan Cina tidak suka anak-anak mudanya main-main semasa masih belajar. Setiap perhimpunan, demo dan perarakan Pakatan, DAP cukup seronok lihat mahasiswawi Melayu dikudakan! diapai-api, dipuji dan dipuja lagi tetapi berapa kerat muka anak bangsanya ambil bahagian?
Penulis bukan mahu membela tindakan Ammar tetapi mahu khalayak beri perhatian terutama adik-adik mahasiswa dan golongan muda, sedarlah, jangan dibiarkan diri anda dikudakan PAS, PKR, terutama DAP, habis madu sepah dibuang kalau anda bukan Cina.
ah soo tua ni tak nak ambil tindakan ke ?
tqpilihananda
Post a Comment