Antara kempen yang dibawa oleh Mahasiswa Pro Pembangkang di UM adalah tolak calon tua.
MyMassa tak tahu serendah mana tahap intelektual kumpulan yang menggelar diri mereka Pro Mahasiswa. Sepatutnya sebagai pihak yang menyertai pilihan raya kampus, kumpulan ini patut mengenengahkan isu kebajikan pelajar seperti yuran mahal atau perkhidmatan yang disediakan oleh Universiti kurang memuaskan (contohnya sistem bas).
Kalau inilah manifesto mahasiswa yang menjadi tali baru pembangkang di Universiti, lebih baik kempen yang dijalankan oleh Makcik Maimun ketika menyertai PRU 2008 di Kuala Terengganu.
Sekurang-kurangnya Makcik Maimun berkempen secara ikhlas dari rumah ke rumah dan mahu memperjuangkan nasib rakyat yang diwakilinya. Makcik Maimun tidak menyerang peribadi seperti mana yang dilakukan oleh Pro Mahasiswa di Universiti Malaya.
Padanlah ranking Universiti Malaya asyik turun naik. Rupa-rupanya kualiti mahasiswa universiti tersebut, terutamanya yang terpengaruh dengan dakyah pembangkang amatlah teruk. Mereka lebih mementingkan perkara-perkara yang remeh seperti umur calon pihak lawan daripada memperjuangkan perkara yang pokok untuk meningkat taraf universiti itu sendiri.
Kepada pembaca MyMassa, inikah tahap mahasiswa yang pembangkang mahu lahirkan seperti Adam Adli dan Khalid Ismath yang langsung tidak menggambarkan pelajar institusi pengajian tinggi? Dan kualiti mahasiswa yang macam ini juga menyokong PTPTN dihapuskan dan mereka diberi pendidikan percuma. Adakah anda mahu duit cukai anda dibelanjakan untuk membayar mahasiswa-mahasiswa bodoh seperti ini?
*Bodoh tak boleh nak diajar, pandai tak boleh nak diikut.
-WM
tqmymassa
Post a Comment