Gambar diatas merupakan perhimpunan mengutuk tindakan pihak yang dengan sengaja menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW dalam semua bentuk yang telah diadakan di Pulau Pinang serentak dengan perhimpunan di Kuala Lumpur.
Perhimpunan selepas solat Jumaat kelmarin di Masjid Jamek Sheikh Yusof Pulau Pinang dilihat sebagai pemangkin kepada satu penyatuan dua angkatan muslimin menjadi satu pasukan yang dikira mampu mengembalikan kegemilangan Islam.
Apa yang aakj paparkan disini adalah salah satu diantara usaha-usaha mereka di peringkat akar umbi yang mempunyai niat serta pendirian untuk bersatu atas nama Islam.Malah aakj yakin bahawa penyatuan diantara PAS dan UMNO waima hanya sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional pastinya menjadi hasrat seluruh orang-orang Islam di Malaysia.
Namun mengapa agaknya perkara ini amat sukar berlaku ?
Pastinya sesetengah yang membaca entri ini akan menyalahkan MMI kerana apa yang bakal diutarakan mungkin tidak kena mahupun menyebelahi pihak-pihak tertentu namun inilah hakikat dan hakikat inilah yang MMI akan catatkan.
Penyatuan yang sering kali kita dengar malah sewaktu timbulnya isu kerajaan perpaduan lagi ianya menjadi satu perkataan yang cukup digeruni oleh para pemimpin parti PAS.Malah seboleh-bolehnya pimpinan PAS hari ini langsung tidak mahu mendengar bunyi perpaduan.
Segala-galanya di tolak dengan pelbagai alasan malah kadang-kalanya sikap yang ditunjukkan hampir mahupun sama dengan mereka yang bongkak dan sombong yang jauh sekali bersamaan dengan sikap seorang pemimpin Islam.
Malah sikap sebeginilah yang sebenarnya menghalang sebarang usaha kearah penyatuan mahupun perpaduan.
Jangan lupa bagaimana Nik Aziz selaku pemimpin PAS menolak bulat-bulat hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.
Bagi rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan ini pastinya faham bahawa perasaan dendam penuh kesumat terhadap UMNO terpahat kemas di dada Nik Aziz dan masih membara di hati beliau hanya kerana PAS dulunya yang bersama UMNO bertindak keluar dan kononnya PAS di tendang.
aakj tak mahu mengulas panjang berkenaan hal ini anda baca d sini
Post a Comment