Arab Saudi kembali melaksanakan hukuman pancung pada Selasa 11/09 lalu. Hukuman tersebut dijatuhkan kepada empat orang termasuk seorang warga asal Palestin setelah mereka dinyatakan bersalah dalam kes yang berbeza, demikian dikatakan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi dilaporkan GulfNews, pada hari Rabu 12/09 semalam.
Kerajaan melaksanakan hukum pancung terhadap dua warga Saudi di barat daya bandar Jizan setelah mereka didakwa bersalah atas rompakan bersenjata, kata Kementerian dalam sebuah dakwaan yang diterbitkan agensi berita SPA.
Kedua-dua pesalah "Mohammad bin Ahmad Kharmi dan Mousa bin Mohsin Kharmi memukul seorang lelaki dan membunuhnya," kata kementerian itu menambah.

Kedua-dua lelaki ini dilaporkan mencuri wang milik syarikat tempat mereka bekerja. Menurut agensi berita SPA, keduanya dijatuhi hukuman mati "kerana kejahatan mereka yang berbahaya".
Dalam dakwaan berasingan, kementerian juga mengatakan bahawa seorang warganegara Palestin bernama Wael Anbar juga dipenggal kepalanya di bandar Laut Merah Jeddah kerana membunuh seorang warga Yaman bernama Naser Haqqash.
Sementara lelaki keempat yang dipancung pada hari Selasa adalah Sa'ad al Mansuri. Warga Saudi ini dihukum mati di bandar pusat Buraida setelah ia dinyatakan bersalah kerana menembak mati seorang warga bernama Munif al Maqati dengan senapang mesin "menyusul perselisihan di antara mereka berdua".
Sejak Januari 2012, Arab Saudi telah melaksanakan hukuman pancung sebanyak 57 kali. Sementara Amnesty International menyatakan, pada tahun lalu Arab Saudi telah melaksanakan hukuman pancung sebanyak 79 kali.
Hukuman mati di Arab Saudi dijatuhkan kepada para pelaku pembunuhan, rogol, murtad, rompakan besenjata dan perdagangan dadah, sebagaimana ditetapkan oleh undang-undang Syariah.

-halimislam
Post a Comment