“Saya mengagumi sikap isteri Perdana Menteri Malaysia yang mampu menggalas tugas sebagai seorang isteri, ibu dan juga ketua dalam pertubuhan”.
Demikian antara reaksi yang diberikan oleh beberapa delegasi antarabangsa yang menyertai “Forum Wanita Dalam Kepimpinan” bertempat di Shanghai, China hari ini.
Salah seorang yang ditemui, delegasi dari UAE, Nashwa Abdullah Al Qubsa memberitahu tugas wanita adalah amat berat dalam memastikan urusan keluarga berjalan lancar dan dalam masa yang sama berperanan sebagai pemimpin dalam organisasi tertentu.
Justeru katanya, tugas Rosmah sebagai isteri pemimpin tertinggi Malaysia semestinya lebih banyak namun beliau masih mampu menguruskan kedua-duanya dengan baik.
“Daripada ucapan yang diberikan Rosmah sudah menunjukkan siapa sebenarnya diri beliau… saya berasa kagum kerana beliau mampu menggalas tugas sebagai isteri pemimpin nombor satu negara malah masih mempunyai masa untuk mengawal selia pertubuhan yang disertainya.
“Selain itu, saya merasakan Rosmah adalah seorang yang merendah diri apatah ketika beliau suka bergurau ketika berucap dengan mengatakan suaminya meminta beliau membuat panggilan.
“Maksudnya, dalam kesibukan kita berdiskusi di Shanghai hari ini, Rosmah masih mampu membawa tugas sebagai seorang isteri… ia bukanlah sesuatu yang mudah,” katanya.
Nashwa yang juga merupakan Ahli Lembaga Eksekutif, Majlis Usahawan Wanita Abu Dhabi turut menyifatkan nasihat serta saranan Rosmah dalam memperkasakan golongan wanita dalam aspek kepimpinan amat membantu beliau dalam proses pembangunan diri.
Malah katanya, pemimpin di kalangan wanita boleh berdiri dan bersaing di peringkat global sekiranya mempunyai sikap yang positif selain bersedia untuk meningkatkan pelbagai kemahiran dan ilmu komunikasi.
Dalam pada itu, seorang lagi delegasi dari Washington DC, Patty Friedman Marcus merasakan golongan wanita seluruh dunia perlu menjadikan Rosmah sebagai contoh atau ikon dalam aspek kepimpinan wanita.
Patty yang juga merupakan Pengarah, Asia Pacific Institute turut menganggap sikap Rosmah yang sentiasa inginkan martabat wanita sama ada sebagai isteri, ibu mahupun pemimpin dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan dipandang tinggi wajar dikagumi.
“Walaupun kewujudan wanita sebagai orang penting dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan semakin meningkat namun proses pembangunan itu masih perlu.
“Jadi berdasarkan ucaptama yang diberikan Rosmah sebentar tadi, ia mampu menyemarakkan semangat peserta selain menambahkan ilmu saya untuk menjadi seorang pemimpin wanita yang berjaya tanpa sedikitpun menjejaskan keluarga.
“Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk wanita sebagai pemimpin untuk melakukan semua perkara dalam satu masa… namun saya lihat Rosmah telah berjaya dan kini menjadi inspirasi para wanita seluruh dunia,” katanya kepada Peraktoday.com.
Sementara itu, bagi Ketua Pegawai Eksekutif Pomellato, Andrea Morante turut melahirkan rasa kagum beliau sebagai seorang pemimpin lelaki terhadap Rosmah yang sentiasa mencerminkan keperibadian positif sebagai orang penting dalam organisasi.
Beliau turut mengakui sikap Rosmah yang sentiasa ingin membantu membangunkan taraf wanita untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah pertubuhan mampu menjadi inspirasi kepada golongan tersebut.
“Beliau menggalas pelbagai tugas… sebagai ibu, isteri kepada Perdana Menteri, ketua dalam pertubuhan malah sekarang menjadi pendorong kepada golongan wanita lain supaya terus memajukan diri.
“Peranan wanita dalam pembangunan sesebuah organisasi mahupun negara sudah tidak dapat dinafikan dan dengan wujudnya pemimpin seperti Rosmah, ia seolah-olah menyemarakkan lagi semangat juang wanita,” katanya.
Menurut Andrea lagi, sikap serta keprihatinan Rosmah dalam membangunkan wanita perlu dikagumi terutama di kalangan rakyat di Malaysia.
+ comments + 3 comments
inilah yang pakatan dan anjing2 nya tkutkan..pengiktirafan dunia kpd DS Rosmah,sebab mreka tkut smua ni akn mningkatkn skongan pda DS Najib..DS Rosmah bkn shj disenangi rkyat mlah oleh dnia luar..sebab tu siang-mlm pmbgkang cuba jtuhkan DS Rosmah..klau nk dibndgkan beliau dg Jjah Omega,DS Rosmah lebih berkaliber..jauh pngang dari api..
tahniah ds rosmah kerana telah mengharumkan nama negara d mata dunia.....walau apa pun fitnah yg d lemparkan pakatan harami terhadap diri nyer ds rosmah ttp sabar nk tabah....apa yg ada pada diri ds rosmah tidak ada pada diri si jijah....anjing2 pakatan harami nie bg aku sudah ketandusan modal utk pru akn dtg...rakyat sudah bosan dngn tipu helah anjing2 paktan harami nie x habis2 nk fitnah ds rosmah.....bg aku ds rosmah terbaikk....beliau melakukan kerja2 amal nyer dngn begitu komited.......
dunia memuja DS Rosmah ini membuktikan mereka mengagumi kehebatan dan kredibiliti beliau sebagai isteri nombor satu negara..walaupun beliau sentiasa di fitnah oleh PAKATAN haram jadah dan anjing-anjing peliharaan PAKATAN yang bodoh tp beliau tenang dan tabah menghadapinya..pemimpin macam ini yang kita perlu ada seiringan negara kita menuju negara baru..PAKATAN amat mebenci beliau mungkin takut dengan bayang mereka sendiri yang entah apa mcm anjing kurap.segala fitnah yang dilempar terbukti semuanya bohong..rakyat sudah bosan dengan kebodohan mereka
Post a Comment