Tarian Sumazau telah dimanipulasi oleh PR hingga menimbulkan kemarahan masyarakat Dusun Sabah
Hangat diperkatakan oleh media Suara Pakatan Rakyat berhubung Tarian Sumazau yang dilihat sebagai rendah akhlak. Artikel tersebut telah mengundang rasa marah banyak pihak kerana menghina budaya sesuatu kaum. Rakyat Sabah terutamanya masyarakat dusun rasa terhina dek dikatakan sebagai penduduk yang berakhlak rendah dan bodoh.
Parti Bersatu Sabah (PBS) telah membuat laporan polis mengenai artikel itu. Mereka melahirkan rasa kekesalan kerana pihak pembangkang memainkan isu yang sensitif. Artikel itu menurut PBS boleh menyumbang kepada masalah keselamatan dan ketenteraman awam. Tambahnya lagi perkataan 'bodoh' yang digunakan dalam tulisan tersebut tidak menggambarkan semangat Rukun Negara.
Oleh kerana telah menjadi kes polis, pihak PR pun cepat melatah, mengatakan bahawa portal Suara Pakatan Rakyat (SPR) sebenarnya bukan portal mereka. Mereka juga mendakwa ianya adalah satu portal palsu yang ingin menjatuhkan PR.
Persoalannya sekarang kenapa baru sekarang pihak pembangkang menafikan sekeras-kerasnya bahawa SPR bukan portal mereka. PR turut memberikan peringatan kepada penyokongnya tentang wujudnya portal-portal palsu.
Baca seterusnya bukti portal ini milik mereka d SINI
Post a Comment