Label 10

Home » » "BAKTI" BANTU 7000 PELAJAR !! - DS ROSMAH!! ISTERI PAKATAN HARAM BANTU SIAPA ?!!

"BAKTI" BANTU 7000 PELAJAR !! - DS ROSMAH!! ISTERI PAKATAN HARAM BANTU SIAPA ?!!

Written By AAKJ on Friday, September 21, 2012 | 7:00 PM


Isteri para pemimpin tidak terkecuali untuk melibatkan diri dalam program-program yang mampu memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika berucap di Program Selangkah ke Universiti memberitahu penganjuran program itu ternyata telah memberi manfaat jangkapanjang apabila ia melibatkan isteri pemimpin-pemimpin negara.
Katanya lagi, perlaksanaan program terbabit bertepatan dengan objektif BAKTI dalam usaha untuk mengurangkan kejahilan ilmu di kalangan pelajar.
“Inilah yang kita maksudkan program turun padang yang amat diharapkan orang ramai.
“Konsep turun padang ini bukannya ditujukan kepada para pemimpin semata-mata, sebaliknya para isteri juga tidak terkecuali dalam merealisasikannya.
“Justeru, saya menyeru agar lebih banyak badan-badan bukan kerajaan serta agensi korporat dan swasta berganding bahu menganjurkan program Selangkah ke Universiti di IPTA dan IPTS di seluruh negara,” katanya.
Menurut Rosmah, sejak BAKTI memulakan program terbabit 2 tahun lalu seramai 7,000 pelajar tingkatan 4 seluruh negara telah berpeluang menerokai peluang di alam kampus.
Beliau yang juga Yang Di Pertua Bakti, turut memberitahu bahawa pertubuhan itu mensasarkan seramai 2,500 pelajar lagi akan mengikuti program terbabit di negeri lain selepas ini.
“Besar harapan saya agar melalui program seperti ini ianya akan membentuk disiplin dan jati diri para remaja dalam melakukan sesuatu perkara,” katanya.


SUMBER
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger