Label 10

Home » » UMNO TIDAK PERNAH TOLAK HUDUD !! HAJI HADI DAH GILA KE !!

UMNO TIDAK PERNAH TOLAK HUDUD !! HAJI HADI DAH GILA KE !!

Written By AAKJ on Wednesday, August 22, 2012 | 10:00 PM




Umno menyelar kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang masih menganggap parti itu menolak pelaksanaan hukum hudud dalam negara.

Timbalan Pengerusi Biro Agama dan Pendidikan Umno Terengganu, Muhammad Ramli Nuh menegaskan, kenyataan itu sama sekali tidak benar kerana Umno tidak pernah menolak undang-undang syariah terbabit.

Bagaimanapun, katanya apa yang dipertikai Umno adalah kaedah digunakan Pas yang dilihat hanya menggunakan isu itu untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya umum.

“Kita tidak tolak undang-undang hudud. Kalau orang Islam menolak hudud, dia terkeluar daripada Islam dan tidak semudah itu kita mahu menolak hudud.

“Apa yang kita pertikaikan adalah kaedah Pas menggunakan hudud untuk memperlihatkan mereka adalah pejuang Islam demi mencapai kemenangan dalam pilihan raya.

“Ini adalah isu politik untuk perangkap Umno kerana apabila Umno berbahas, mereka akan mengatakan Umno menolak,” katanya.

Merujuk laporan Sinar Harian Ahad lalu, DAP berhak menyatakan pendirian termasuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penolakan DAP terhadap undang-undang Islam terutama oleh pengerusinya, Karpal Singh bukan sesuatu yang menghairankan kerana Karpal dan majoriti ahli serta pemimpin DAP bukan beragama Islam.

Dalam nada sinis, Abdul Hadi berkata, Umno yang hampir kesemua ahlinya beragama Islam pun juga sudah lama menolak hudud.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger