Untuk pengetahuan korang, replika botol tu dah lama wujud. Bukan benda baru. Tapi isu tue telah pun diselesaikan selepas pihak pengurusan kompleks berkenaan bersegera alihkan botol2 arak yang menyingung sensitiviti umat islam.
Rujuk paparan berita yang aku petik dari sinar harian kat bawah neh ;
Pihak pengurusan sebuah pusat membeli belah yang didakwa mempromosikan minuman keras sempena sambutan hari raya Aidilfitri mengakui melakukan kesilapan namun ia bukan disengajakan.Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Kassim berkata, sebaik menerima laporan, pihaknya menghubungi pengurusan pusat membeli belah berkenaan dan mengambil tindakan segera.Beliau berkata, pihak pengurusan pusat beli belah terbabit bersetuju membuat ubah suai segera dan memindahkan struktur pameran dan botol minuman keras berkenaan.“Perkara ini bukan disengajakan oleh pihak pusat beli belah itu kerana struktur yang mempamerkan botol arak itu adalah satu binaan lama.“Binaan replika sempena sambutan hari raya Aidilfitri itu pula baru dibuat di depan struktur botol arak. Oleh itu, ia dilihat seolah-olah dipromosikan bersama apabila kita mengambil gambar sedangkan pihak pengurusan berkenaan tidak berniat sebegitu,” katanya pada sidang media di sini semalam. -SH-
Baca d SINI antara blog terawal yang paparkan isu ini !!
Post a Comment