Label 10

Home » » TERKINI !! SENARAI SYAITAN BISU OLEH USTAZ NASA ?!!

TERKINI !! SENARAI SYAITAN BISU OLEH USTAZ NASA ?!!

Written By AAKJ on Friday, August 17, 2012 | 11:00 PM


 

Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam.
 


Sebagai seorang peguam yang lama,dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Perlaksanaan hudud memerlukan kepada 'standard of proof' yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf  'beyond any shadow of doubt ' iaitu tahaf pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ianya dilaksanakan, tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ianya adalah undang undang Islam.
 

Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa perlaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost ' untuk pertahankan agama saya.
 


Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, Insyaallah saya tidak akan biarkan mana mana pihak sewenang wenangnya menghina agama saya.
 

Pas harus lebih tegas menyatakan pendirian nya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangan nya untuk menegakkan Syariah Allah swt namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh.
 


Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah  kekaburan yang ada pada masyarakat umum.

Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi dari ahlinya sahaja.

Nasharudin Mat Isa.
16 Ogos 2012


AAKJ; HEHE JGN TERTELAN AIR LIUR..SENARAI TU AKAN KELUAR SATU HARI NANTI...
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger