Cukai Pintu Tak Turun, Sewa PKNS Naik, PR terus bebankan rakyat Selangor
Peniaga Kompleks PKNS Fail Injunksi Halang PKNS Naikkan Kadar Sewa
SHAH ALAM: Persatuan Peniaga-peniaga Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada Selasa memfailkan injunksi bagi menghalang perbadanan itu menaikkan kadar sewa premis perniagaan di kompleks itu yang akan berkuatkuasa 1 Januari depan.
Yang Dipertu
a persatuan berkenaan, Amran Yahya selaku plaintif memfailkan tuntutan bagi pihak penyewa Kompleks PKNS di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Kamarudin & Partners dan menamakan PKNS sebagai defendan.
Kira-kira 100 peniaga dan penyewa premis perniagaan di Kompleks PKNS Shah Alam hadir mengiringi Amran dan peguam Kamarudin Ahmad.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 9 Nov lepas, PKNS tanpasebarang perbincangan telah memberi notis dalam tempoh dua hingga tujuh hari kepada penyewa untuk menaikkan kadar sewa sebanyak 70 hingga 100 peratus.
Plaintif mendakwa PKNS tidak menjalankan sebarang kerja menambah baik kemudahan di kompleks itu sebagai prasyarat untuk mewajarkan kenaikkan kadar sewa premis perniagaan.
Berikutan tindakan defendan itu, plaintif mendakwa mengemukakan rayuan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mepertimbangkan semula keputusan PKNS menaikkan sewa.
Persatuan itu mendakwa secara dasar penyewa serta peniaga bersetuju dengan kenaikan munasabah iaitu pada kadar lima ke 10 peratus setiap tiga tahun dan kenaikan itu hanya dikuatkuasakan setelah Kompleks PKNS dinaik taraf secara berperingkat.
Seterusnya, plaintif mendakwa pada September lepas, PKNS telah mengumumkanbahawa Kompleks PKNS akan dipindah milik kepada Amanah Raya Real Estate Investment Trust (ARREIT) di mana sebagai balasannya defendan akan mendapat RM160 juta dan unit saham RM110 juta selain Kompleks PKNS akan disewa balik melalui suatu pajakan selama 12 tahun.
Bagaimanapun, plaintif difahamkan cadangan pindah milik itu dibatalkan.
Persatuan berkenaan mendakwa rayuan terhadap kadar kenaikan sehingga 100 peratus itu tidak mendapat jawapan yang memuaskan dan tindakan defendan amatmemprejudis peniaga kompleks PKNS kerana notis bantahan kadar sewa baru diberikan dalam tempoh yang singkat tanpa mengambil kira persediaan yang perlu dibuat oleh penyewa bagi membayar perbezaan cagaran sewa.
Sehubungan itu, plaintif memohon deklarasi bahawa kenaikan kadar sewa daripada 70 hingga 100 peratus oleh PKNS terhadap penyewa atau perniaga Kompleks PKNS Shah Alam melanggar amalan komersil penyewaan premis perniagaan serta tidak sah dan terbatal.
Persatuan itu seterusnya memohon deklarasi bahawa cadangan PKNS untuk memindahkan Kompleks PKNS kepada badan ABREIT melanggar tujuan PKNS ditubuhkan iaitu membangunkan peniaga-peniaga kecil.
Plaintif turut memohon injunksi menghalang PKNS daripada mengganggu atau menghalang peniaga atau penyewa di kompleks itu meneruskan perniagaan mereka atas kadar sewa yang sama, selain ganti rugi, kos dan lain-lain perintah serta relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah. - BERNAMA
*Macam mana tak naik sewa sampai susahkan peniaga, nak bayar gaji pegawai tinggi PKNS yang sampai RM juta-juta. Gaji pegawai khas pun hampir RM20,000
+ comments + 3 comments
Ini lah yang dikatakan negeri berkebajikan kut...Wahai rakyat Malaysia sedar lah bahawa jangan sesekali diulangi menjadikan pemilihan pemerintah sebagai satu percubaan..kesan dan akibatnya bukan sekejap tetapi satu penggal lamanya.
Lihat sahaja pemimpin diselangor,penang dan kedah..mereka bagaikan buaya lapar melahap apa juga yang melintas dihadapan bagi memperkayakan diri..sebab mereka tau next pilihanraya belum tentu mereka akan terpilih ataupun menang lagi..so selagi ada kesempatan dan peluang..mereka sauk sahaja..pada mereka peduli apa pada penyokong..tambahan pula penyokong PAS..mereka ni cuma pandai bertakbir dan mengangguk bagaikan burung belatuk sahaja disebabkan terlalu taksub terhadap pemimpin mereka.
Amboi, bagai buaya lapar. Hangpa ni cakap ikut sedap gigi saja.
xnak kira pulak..berapa ramai penyewa yang xbayar sewa, suh pindah kuar xmau pulak..
Post a Comment