Bagi PAS, ianya politik dan Putrajaya yang didahulukan.
Apabila Christian Fellowship of Subang Jaya mendakwa “Allah = GOD”, ia direlakan.
Apabila Christian Fellowship of Subang Jaya mendakwa “sebagai Kristian kami faham bahawa kami mempunyai segala hak untuk menggunakan kalimah ini, namun buat masa kini, hak-hak kami sedang dicabar” (screenshot sini), ia direlakan juga.
Christian Fellowship of Subang Jaya boleh menyeru “Rise up it’s time to take Subang for Jesus!” (screenshot sini).
Kalau seruan mereka berbunyi -”Bangkit lah, sekarang tiba masanya bagi kita menakluki Shah Alam untuk Yesus! (atau menawan Serambi Mekah di negeri pantai timur itu)” – bagaimana?
“Jom Ubah!”
Apabila Negara Islam yang menjadi titik-tolak perjuangan parti dipertikaikan, PAS kata tak apa, boleh dibawa berbincang. Kita pakai saja istilah Negara Berkebajikan.
Apabila sekutu politik mereka berdolak-dalih dengan hudud, PAS sedia akur kepada rumusan “setuju untuk tidak bersetuju”.
Apabila dimaklumkan burung merpati melambangkan Roh Kudus (1/3 tuhan triniti agama Kristian), kedengaran kokokan berderai-derai — Yang terbang itu burung merak dengan ekor cantik berwarna-warni, bergelumang pelangi.
Rujuk: ‘Paderi Terry Jones masih berdoa untuk ilham bakar al-Quran’ — laporanUtusan (9 Sep 2010)
Gereja Rev Jones bergelar Dove World Outreach Center.
Anda nampak burung apa “terbang” dalam logo Pakatan itu yang kononnya melambangkan “kebebasan”?
Kalau menjawab ‘merpati’, muslimin dan muslimah pula yang berganding bahu dengan evangelis untuk shoot the messenger (meragut nyawa penyampai utusan).
Boleh baca berpuluh-puluh komen yang ditinggalkan di blog ini semalam oleh spesis PASter, iaitu makhluk kacukan (pastor, permainan kata-kata bahasa Inggeris), yakni Melayu penyokong parti Islam itu dengan DAPster.
Perangai pun sudah macam pasangan dua merpati sejoli — muda-mudi PAS asyik terikut-ikut budaya putar-belit.
Apakah kerajaan negeri PAS di Kelantan dan Kedah bersetuju menggunakan logo Merdeka berbentuk burung itu?
Bersambung daripada klik SINI
Post a Comment