Label 10

Home » » RAHSIA NURUL IZZAH D BONGKAR FAKTOR BELIAU BERTANDING KAWASAN CINA ?!!

RAHSIA NURUL IZZAH D BONGKAR FAKTOR BELIAU BERTANDING KAWASAN CINA ?!!

Written By AAKJ on Friday, August 24, 2012 | 8:06 PM



Sebelum ini kita pernah dikhabarkan yang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim 
telah berura-ura untuk lari dari kampung halaman untuk mencuba nasib 
di Parlimen Nibong Tebal bagi menyelamatkan karier politik peribadi setelah 
mengetahui cengkaman pengaruhnya di Permatang Pauh saban waktu semakinmerosot.

Pun demikian apabila menyedari hasratnya itu sudah terdedah pada umum, 
mahu tidak mahu untuk mengelak malu dan polemik yang berpanjangan, 
terpaksa digagahkan jua kakinya untuk terus bertahan di Permatang Pauh 
sekalipun tahu hujung hayat politiknya dalam PRU 13 mungkin bakal 
ternoktah di sana.

Rupanya bukan Anwar sahaja yang mengalami sindrom ketakutan untuk 
menerima penolakan rakyat kerana ia turut menjangkiti anak sulungnya, 
Nurul Izzah yang sekarang ini adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai 
merangkap Naib Presiden PKR.

Perkembangan terbaru yang diperolehi dari sumber-sumber PKR menyebut, 
Nurul Izzah sudah pasti akan lari meninggalkan Parlimen Lembah Pantai 
setelah tidak tahan menerima asakan dari Menteri Wilayah Persekutuan & 
Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang kian 
melebarkan pengaruhnya di sana.

Nurul Izzah sedar kehadirannya di Lembah Pantai langsung tidak memberi 
impak positif kepada penduduk dan pengundi di sana, apatah lagi selepas 
beberapa kajian yang dilakukan oleh jentera PKR turut mengesahkan 
senario semasa tidak lagi memihak kepada PKR.

Hasil kajian-kajian itu turut menjangkakan peluang PKR di Lembah Pantai 
bukan sahaja terlampau malap malah kemenangan pastinya condong 
kepada BN dengan kelebihan sekitar 2,000 undi.

Sementelah lagi sudah sekian ramai hulubalang dan orang kanannya 
di kawasan parlimen itu telah beramai-ramai terjun dari kapal mencari 
perlindungan di bahtera BN, nampak gayanya terpaksa juga Nurul Izzah 
mengorak langkah mencari kawasan baru yang difikirkannya masih putih 
untuk menerimanya.

Mengikut maklumat tersebut lagi, kawasan parlimen baru yang bakal 
ditandingi oleh Nurul Izzah ialah Titiwangsa yang sebelum ini dikuasai oleh 
calon PAS, Allahyarham Dr. Lo'Lo yang memenangi parlimen tersebut dengan 
majoriti 1,972 undi.

Sebagai ganti peralihan kerusi tersebut, PKR akan menyerahkan kerusinya 
di Parlimen Wangsa Maju untuk ditandingi oleh calon PAS. 

Pada PRU 2008, Parlimen Wangsa Maju dimenangi calon PKR, Wee Choo Keong selepas menewaskan penyandang asal dari BN dengan majoriti 150 undi. 
Wee, bagaimanapun meninggalkan PKR pada Mei 2010 dan kekal 
sebagai wakil rakyat Bebas sehingga sekarang.

Nurul Izzah mungkin berasa lega kerana merasakan sudah ketemu kawasan 
yang dikiranya selamat, tapi dengan senario hari ini yang makin memihak 
kepada BN dan gelombang penolakan rakyat terhadap pembangkang semakin kuat melanda negara, angan-angan Nurul Izzah untuk sekali lagi 
menjadi 'yang berhormat' nampaknya masih terlalu jauh dari jangkauan.


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger