Alhamdulillah, berkat Ramadhan rezeki ZZ dan Harmony bertambah murah. Semalam termeterai sudah produk Harmony akan dipasarkan di Timur Tengah mulai September ini.
Dengan pelantikan sebuah syarikat pengedaran barangan farmaseutikal terkemuka di Kuwait dan Timur Tengah sebagai agen tunggal maka hasrat ZZ untuk memasarkan produk Harmony di sana tercapai. Alhamdulillah kerana ini merupakan langkah permulaan buat ZZ mengembangkan sayap ke pasaran global apatah lagi memandangkan produk Harmony yang baru berusia 4 bulan.
Mulai September ini, pengguna di Kuwait khususnya dan Timur Tengah amnya boleh membeli produk Harmony dirangkaian farmasi terkemuka di sana. Buat permulaan ini, hanya Vagina Tightening Gel yang dapat dipasarkan disana. Produk-produk lain akan menyusul kemudian.
Untuk makluman para pembaca, kesemua rangkaian produk Harmony merupakan hasil penyelidikan saintis tempatan dan dikilangkan secara Islamik di dalam negara. Ia selamat digunakan tanpa mengandungi bahan terlarang mahupun racun berjadual. Inilah merupakan faktor utama penerimaan produk Harmony di pasaran Timur Tengah.
Baca selanjutnya d SINI
Post a Comment