Lakonan PAS, DAP dan PKR mengenai hudud semakin memualkan.
Tidak ada apa di dalam lakonan ini selain dari skrip berbelit yang bermain
dengan kata-kata. Sedangkan, umum sedia maklum bahawa hudud tetap
tidak akan dilaksanakan sekiranya PR memerintah biar apapun perkataan
yang PAS gunakan untuk menunjukkan kesungguhan mereka ingin
melaksanakannya.
Walaupun PAS cuba mengheret UMNO dalam kemelut hudud antara mereka
dengan DAP, tetapi akhirnya PAS terpaksa juga berhadapan dengan DAP
apabila DAP berterusan menempelak PAS yang mungkir janji untuk tidak lagi
menyebut tentang hudud.
Apapun, kata putus mengenai hudud pastinya terletak di tangan
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai ‘bakal’ Perdana Menteri atau
Presiden sekiranya PR memenangi PRU kali ini.
Hari ini, Ketua Pembangkang itu telah pun menegaskan bahawa hudud tiada
dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar serta program jangka panjang PR
sekiranya mereka memerintah negara nanti. Alasan Anwar lagi, hudud tidak
akan dilaksanakan selagi tidak mendapat persetujuan DAP.
Apa yang kita tahu ialah DAP tidak akan sekali-kali bersetuju dan sanggup
mati dari membiarkan hudud dilaksanakan, manakala PAS pula sanggup
merelakan apa saja asalkan dapat sehidup semati dengan DAP.
Maka, kesimpulannya, hudud tidak akan sekali-kali dilaksanakan sekiranya
PR memerintah. Noktah.
Justeru, eloklah Nasaruddin, Nik Abduh, Hadi Awang, Nik Aziz dan semua
pemimpin dan penyokong PAS meletakkan senjata hudud mereka segera.
Tak perlulah dibazirkan air-liur dan tak perlulah menghabiskan masa berdebat di dalam
laman-laman sosial.
Kata putus sudah pun nyata, hentikanlah
lakonan yang sia-sia.
Drama yang meleret-leret amatlah menjengkelkan dan tidak mustahil jika
drama ini tidak ditamatkan segera akan mengakibatkan semakin ramai yang
meninggalkan PAS di saat-saat akhir sebelum pilihanraya.
Post a Comment