KUALA LUMPUR - Persatuan Alumni Pelajar China Malaysia (MACSA) akan bertemu dengan media China untuk memperjelaskan kedudukan sebenar klip video penyanyi rap kontroversi Wee Meng Chee Wee atau Namewee yang menghina bintang badminton China, Lin Dan.
Presidennya, Adam Hung berkata beliau akan menperjelaskan bahawa klip video itu tidak lebih daripada ekspresi peribadi Namewee.
"Video Namewee telah membuat orang di China marah dan kecewa kerana klip video itu menghina bintang badminton China, Lin Dan.
"MACSA akan berjumpa dan memaklumkan media China bahawa ia (klip video) hanya tindakan individu dan kami percaya tindakan beliau (Namewee) tidak akan menjejaskan hubungan dua hala China dan Malaysia," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Post a Comment