Label 10

Home » » KETUA PENGARAH AGENSI LEBIH HEBAT GAYANYA DARI TIMBALAN MENTERI ?!!

KETUA PENGARAH AGENSI LEBIH HEBAT GAYANYA DARI TIMBALAN MENTERI ?!!

Written By AAKJ on Friday, August 10, 2012 | 11:30 PM



TINDAKAN mengoyak cek membuktikan betapa kesabaran ataupun kemarahan yang sukar lagi dibendung oleh seorang Timbalan Menteri apabila beliau semakin yakin Ketua sebuah agensi kerajaan sedang menjalankan usaha untuk mengsabotaj segala gerak kerjanya untuk parti dan kerajaan.

Pertelingkahan mereka berdua bukan lagi rahsia antara mereka  malah telah menjadi rahsia umum dan hampir kesemua kakitangan agensi atau jabatan itu maupun pejabat Timbalan Menteri menyedari bahawa hubungan antara Ketua mereka denagn Timbalan Menteri tersebut semakin hari semakin dingin hingga timbul ketegangan dan tindakan mengoyak cek di depan pegawai Ketua tersebut merupakan satu tindakan yang membayangkan betapa marahnya Timbalan Menteri tersebut.

Timbalan menteri ini adalah yang bertanggungjawab ke atas agensi atau jabatan tersebut namun beberapa tindakan Ketua agensi itu sejak akhir-akhir ini benar-benar menguji kesabaran dan ketenangan beliau namun apabila beberapa program penting tidak dilibatkan beliau seperti Majis Berbuka Puasa Bersama KSN,egonya sebagai Timbalan Menteri bagaikan dicabar serta disiat oleh Ketua ini.

Memang wajar dan tepat sekali apabila kedudukannya diperlekehkan,beliau yang sepatutnya dirujuk untuk sebarang keputusan yang melibatkan kepentingan parti dan kerajaan dijadikan seperti sampah oleh Ketua tersebut dan ada ketikanya,Ketua ini dkatakan tidak pernah menganggap wujudnya seorang Timbalan Menteri yang bertanggungjawab atas jabatan ataupun agensi itu.

Kiblat ketua ini dkatakan pada orang lain dan beliau hanya akan membuat keputusan apabila mendapat lampu hijau dari seseorang yang tidak memegang sebarang jawatan dalam kabinet dan tidak berkuasa apa-apa pun dan tindakan ini dibuat oleh Ketua tersebut kerana rasa terhutang budinya hingga beliau memperolehi jawatan tersebut.

Pun sebelum ini,sebelum dipilih untuk jawatan tersebut,hubungan Ketua dan Timbalan Menteri ini cukup baik dan Timbalan Menteri ini jugalah yang dikatakan menyokong penuh perlantikan beliau untuk menerajui jabatan ataupun agensi itu.Itu masa belum dapat jawatan..!

Baca bagaimana mereka hampir bercakaran d SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger