Label 10

Home » » KERANI GUAN ENG MAMPU BELI RUMAH RM1.8 JUTA ?!! KAH KAH BARU KERANI...

KERANI GUAN ENG MAMPU BELI RUMAH RM1.8 JUTA ?!! KAH KAH BARU KERANI...

Written By AAKJ on Monday, August 6, 2012 | 2:00 PM



SUNGAI PETANI - “Saya hanya beri masa satu minggu kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk tampil beri penjelasan berhubung isu pemilikan rumah mewah oleh bekas kakitangannya.

“Jika masih enggan tampil, Kita sedia mendedahkan individu yang dimaksudkan," tegas Bendahari Pemuda Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, H’ng Sau Ping berhubung pemilikan rumah mewah bekas kakitangan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang bernilai RM1.8 juta.

Menurutnya, tambah menghairankan, kedudukan rumah mewah beralamat di Jalan Chemor, Georgetown itu difahamkan berada berdekatan antara satu sama lain dengan rumah Guan Eng.

“Kita mahukan Guan Eng beri penjelasan bagaimana seorang bekas kakitangan pejabatnya boleh memiliki rumah semewah itu,” katanya.

Sau Ping berkata, sekiranya rumah berkenaan disewa sekalipun ia masih berada pada kadar bayaran yang tinggi melebihi RM3,500 sebulan.

“Dengan gaji seorang kakitangan pejabat Ketua Menteri, adakah ia mampu memiliki rumah berkenaan.

“Kita mahukan penjelasan daripada Guan Eng tentang perkara ini yang berkemungkinan ada hubungan ‘istimewa’ dengan individu yang dimaksudkan,” katanya.

Katanya, maklumat berkenaan diperoleh daripada pemimpin kanan PKR beberapa hari lalu.

Menurutnya, identiti bekas kakitangan itu perlu dirahsiakan terlebih dahulu dan akan membuat pengumuman sekiranya dirasakan sesuai.

Namun, dakwanya, individu berkenaan masih lagi berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sau Ping berkata, dia memberi masa seminggu kepada Guan Eng untuk tampil beri penjelasan berhubung isu berkenaan dan tidak teragak-agak mengumumkan identiti bekas kakitangan itu sekiranya gagal berbuat demikian.



EHH YE KE KERANI...KE GUNDIK ? AAKJ TANYA JE..RAKYAT NAK TAHU
Share this article :

+ comments + 2 comments

August 6, 2012 at 2:19 PM

pakcik kayo....

September 2, 2012 at 12:52 PM

Dah takde isu rakyat ke bang? Isu mcm ni kau songket pemimpin BN sampai kiamat tak tentu habis. Aparaa..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger