Label 10

Home » » FOTO HADI AWANG & ISTERI PERTAMA !! ISTERI KE DUA TAK NGAM? KAH KAH KAH !!

FOTO HADI AWANG & ISTERI PERTAMA !! ISTERI KE DUA TAK NGAM? KAH KAH KAH !!

Written By AAKJ on Thursday, August 2, 2012 | 5:00 PM


Gambar yang disebarkan oleh penyokong PAS di FB.




Bagi MyMassa, apa yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Haji Hadi adalah sesuatu yang sangat baik.

Islam pun benarkan untuk memperbaharui akad untuk mengelakkan penceraian. Cara itu lazim disebut tajdidun nikah atau memperbaharui nikah. Jadi, memperbaharui nikah adalah proses pernikahan yang dilakukan lagi oleh orang yang sudah menikah (sumber).

Dalam hal ini MyMassa respek dengan Presiden PAS. Walaupun mempunyai dua orang isteri, tetapi beliau tidak melupakan isteri pertamanya. Isteri pertamanya bernama Puan Hajah Zainab bt. Awang dan isteri keduanya pula bernama Dr. Norzita Taat. Beliau dikurniakan 13 orang anak.

MyMassa harap kepada pemimpin-pemimpin di luar sana, kalau nak berpoligami pun, berlaku adillah kepada pasangan masing-masing. Jangan bila dah dapat pucuk muda, isteri pertama dilupakan. Kalau kepada keluarga sendiri pun tak boleh nak adil, macam mana nak adil dengan rakyat?

Kepada Ahli Parlimen PKR, Abdullah Sani, masih belum terlambat untuk anda membetulkan keadaan. Jika dah tak serasi dengan isteri pertama, selesaikanlah dengan cara baik. Jangan ulangi kezaliman yang anda pernah buat kepada isteri anda. 

Kemuncak kepada krisis Halimah bersama suaminya adalah pada seminggu sebelum Ramadhan 1433H yang kita sedang lalui sekarang. Seminggu sebelum Ramadhan Halimah mendapat perkhabaran dari adik beradiknya tentang kesihatan bapanya di kampung yang agak tidak berapa baik.

Halimah megambil keputusan untuk melawat bapanya memandangkan ibunya telah meninggal dunia. Suami Halimah yang juga ahli parlimen PKR enggan turut sama pulang melawat bapa Halimah. Lalu Halimah mengambil keputusan untuk pulang berseorangan ke kampung dengan menaiki bas ekspress.

Selama seminggu berada di kampung dan pada hari pertama Ramadhan Halimah mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya di Banting. Maklumlah tanggungjawab sebagai isteri dan ibu akan meningkat di bulan puasa dan Halimah memikirkan tanggungjawabnya terhadap suami dan anak-anak, sebab itu beliau tinggalkan bapanya yang sedang uzur untuk pulang menunaikan tanggungjawabnya.

Dari kampungnya di Changkat Jering Perak, Halimah pulang dengan menaiki bas ekspress menuju ke Klang. Sebaik tiba di Klang Sentral lebih kurang jam 2 petang, Halimah telah menghubungi suaminya untuk meminta mengambilnya di Klang Sentral dan pulang ke rumah mereka di Banting.

Namun jawapan suaminya sungguh mengejutkan dan perkara tersebut tidak patut berlaku di bulan Ramadhan, apatah lagi di hari pertama Ramadhan dan dilakukan oleh seseorang yang bertaraf pemimpin.

 

Dalam perbualan telefon tersebut, ahli parlimen PKR berkenaan telah menengking Halimah dengan berkata AKU DAH HALAU HANG, PASAI APA HANG NAK BALIK SINI LAGI, EHHH AKU DAH TAK SUKA KAU LA.

Apa yang diungkapkan oleh ahli parlimen PKR itu dinyatakan oleh Halimah dalamlaporan polis yang dilakukannya. Halimah melakukan laporan itu bagi melindungi keselamatan dirinya.

Selepas suaminya enggan mengambilnya di Klang Sentral , Halimah menghubungi pula beberapa orang anaknya. Mereka juga enggan mengambil Halimah di Setesen Bas. Akhirnya anak sulung Halimah datang mengambilnya di stesen bas.Namun apa yang memelikkan Halimah apabila anak-anaknya menghubunginya dan mengahalang dia dari pulang ke rumahnya di Banting.

Halimah tetap berkeras untuk pulang juga ke rumahnya di Banting.

Dalam keseluruhan cerita Halimah, disinilah saat yang amat-amat menyedihkan. Satu perkara yang tak terfikir dek akal dilakukan oleh seorang suami yang juga seorang wakil rakyat. Sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti akan meremang bulu roma. Inilah kecelakaan dan haram jadah seorang pemimpin PKR.

 

Setibanya di rumahnya Halimah terkejut apabila melihat beberapa barang-barangannya berada di luar rumah. Beliau masih mampu bersabar. Beliau melangkah masuk ke dalam rumah dan melihat ada beberapa perubahan dalam rumahnya. Beliau masih mampu bersabar. Namun apabila beliau naik ke tingkat atas dan melangkah masuk ke dalam kamar tidurnya , disinilah bermula peristiwa yang tidak terfikir dek akal.

Halimah terasa bagaikana dipanah halilintar apabila melihat cadar tempat tidurnya telah ditukar dengan cadar milik orang lain. Kemudian apabila dibuka almari pakaiannya lagi mengejutnya Halimah apabila pakaiannya yang disimpan dalam almari berkenaan telah dikeluarkan dan digantikan dengan pakaian betina lain. Apa yang lebih memilukan Halimah apabila melihat pakaiannya yang dikeluarkan dari almari dan diisi dalam plastik sampah.

Kegembiraan yang dirancang untuk berbuka puasa bersama keluarga pada 1 Ramadhan hancur luluh buat Halimah. Beliau turun ke bawah dan kebahagian dapur. Sekali lagi beliau terkejut kerana melihat terdapat seorang orang gaji didapurnya. Sedangkan sepanjang hidupnya berumah tangga bersama Abdullah Sani 27 tahun tidak pernah sesekali pun mereka ada orang gaji.

Di dapur juga Halimah melihat pinggan mangkuknya telah ditukar dan pinggan mangkuk miliknya telah diletakkan di luar rumah.

Dengan hati yang hancur remuk Halimah melangkah keluar dari rumah tersebut untuk menumpang di rumah saudaranya.

Tidak terfikir dek akal yang waras bagaimana mungkin seorang suami boleh bawa masuk isteri muda ke dalam rumah dan ke dalam bilik tidur isteri tuanya disaat isteri tuanya masih hidup dan mereka belum bercerai.
http://sel13.com/archives/2649

*Charity begin at home...tqmymassa
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 18, 2017 at 11:32 AM

Ada angin kata dpt no 3?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger