Isteri Perdana Menteri juga merangkap Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis tazkirah serta menunaikan solat sunat Tasbih di Seri Perdana hari ini.
Pada majlis itu, Datuk Dr, Fatma El- Zahra telah menyampaikan tazkirah bertajuk Kelebihan Lailatulqadar dan Taubat Nasuha kepada tetamu yang hadir.
Majlis tersebut turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang merupakan Timbalan Yang Dipertua BAKTI.
Seramai 200 tetamu yang hadir terdiri daripada ahli- ahli BAKTI, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA), Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) dan Badan Amal dan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT).
Rosmah dalam ucapan ringkasnya berharap agar seluruh umat Islam dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang dengan penuh kegembiraan dan bersyukur dengan keamanan yang dinikmati di negara ini.
"Kita perlu bersyukur kerana dengan rahmatNya, kita dapat raikan hari raya dengan suasana gembira," katanya.
Baca selanjutnya d KLPOS
+ comments + 3 comments
Hehehee... Tersembab laaa puak2 celako PR.... X erti bersyukur
puak2 lebai pas meroyan sakan
lepas ni mesti beruk2 pembangkang naik angin..ye lah,mana boleh mcm ni,Kak Jijah diorng jer yang suci bersih..!ak memang tabik spring kat DS Rosmah,wlaupun sering dilemparkan dgn pelbagai fitnah,beliau tetap cool jer,xcpt nak melath..terbaik dati..!!
Post a Comment