pergHHH !! Kalu kena anak ustaz UMNO ni mau sawan sampai kiamat puok kera dap dan penganut Lim Guan Babi ni..huhu
Yasmin yang berumur 27 tahun dan merupakan seorang ibu tunggal kini sedang bersembunyi kerana menerima ancaman bunuh itu.
Berikutan ancaman itu, anggota-anggota polis pergi ke flat penginapannya di South East London pada malam Jumaat lalu selepas memutuskan untuk memindahkannya ke sebuah rumah yang selamat.
Yasmin yang mempunyai seorang anak lelaki berumur tiga tahun meninggalkan flat itu dengan membawa sebuah beg manakala tujuh anggota polis mengiringinya ke sebuah van.
Dia dan anak lelakinya itu kini tinggal di lokasi berasingan sebagai usaha untuk mengelak daripada diserang oleh sekumpulan pelampau.
Seorang rakan memberitahu: "Dia (Yasmin) tidak dapat melihat anak lelakinya atau kembali ke rumah. Dia berasa amat takut ketika ini."
Peguam Yasmin, Iqbal Ahmed menyatakan anak guamnya itu berasa amat takut apabila berita mengenai kerjayanya sebagai penari separuh bogel disiarkan oleh akhbar.
Yasmin di mana pembedahan kecantikan payu daranya dibiayai oleh bapanya itu kini bekerja dengan satu kumpulan penari separuh bogel dikenali sebagai Ibiza Untouched.
Dia memberitahu seorang pemberita: "Saya tidak selalu melakukan kerja-kerja mendedahkan payu dara tetapi saya bersedia untuk mendedahkannya jika terdapat tempat yang bersesuaian."
Berita Yasmin sebagai seorang penari separuh bogel itu mengejutkan bapanya yang dikenali dengan jolokan Tottenham Ayatollah selepas dia memuji serangan pengganas di Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001.
Bagaimanapun, bapa Yasmin itu kini tinggal di Beirut, Lebanon selepas diusir dari Britain.
Bapa Yasmin itu berkata: "Saya berasa amat terkejut. Dia dibesarkan dengan sempurna dan diberikan didikan agama.
"Setakat yang saya ketahui, dia masih lagi berkahwin. Kelakuannya itu sepatutnya menjadi tangungjawab suaminya."
Yasmin sebelum ini berkahwin dengan seorang lelaki keturunan Turki tetapi mereka kini hidup berasingan.
Bapanya yang merupakan kelahiran Syria membesarkan enam anak di Enfield, Britain sebelum diusir ke Beirut.
Seorang rakan Yasmin memberitahu: "Dia (Yasmin) tidak akan menjadi penari separuh bogel jika bapanya tidak membiayai pembedahan membesarkan payu dara itu.
"Yasmin kerap berasa bimbang berhubung saiz payu dara dan membohongi bapanya dengan menyatakan bahawa dia akan berasa lebih selesa sebagai seorang ibu apabila menyusukan anak (jika mempunyai payu dara besar)."
Sebelum ini Yasmin memberitahu sebuah akhbar: "Saya sudah melakukan persembahan tarian tiang (separuh bogel) tetapi saya merahsiakannya."
Dia juga tidak melibatkan bapanya berhubung kerjaya itu dengan menjelaskan: "Sebarang pandangan bapatidak mempunyai sebarang kaitan dengan saya. Saya adalah orang dewasa.
"Saya melakukan urusan saya sendiri dan dia (bapa) juga mempunyai urusannya tersendiri."
Seorang lagi rakan Yasmin memberitahu: "Omar akan diserang penyakit jantung jika dia melihat anak perempuannya itu sedang menari."
Ketika bapa Yasmin mendengar kisah Yasmin, dia berkata: "Jika berita itu benar, saya berasa amat terkejut. "Tetapi dia bebas untuk membuat pilihannya sendiri."
Namun, bapa Yasmin kemudian mengubah nada kenyataannya dengan menyatakan: "Saya tidak mempunyai seorang anak perempuan yang melakukan perbuatan seperti itu. Semua anak-anak saya mengamalkan ajaran Islam."
Omar kemudian mendakwa bahawa kisah itu merupakan satu plot untuk membalas dendam selepas polis dipaksa oleh seorang hakim untuk menyerahkah kembali £14,000 (RM88,481) yang dirampas daripada seorang anak lelakinya, Abdul.
"Pihak polis menggunakan anggota-anggota keluarga saya untuk membalas dendam kerana saya sudah menang.
"Polis juga berasa cemburu kerana anak lelaki saya, Abdul memperoleh semula wang yang dicuri daripadanya," kata Omar.
Post a Comment