Home »
» CERITA DUKA DS ROSMAH, FAZLEY & SITI NURHALIZA !! part 2 & Final Chapter
CERITA DUKA DS ROSMAH, FAZLEY & SITI NURHALIZA !! part 2 & Final Chapter
Siti Nurhaliza nyanyi di Albert Hall London
Pada April 2hb 2005, Siti Nurhaliza menyanyi di Albert Hall, London. Persembahannya selama dua jam itu dikatakan sebagai kemuncak kerjayanya. Konsert ini dikatakan lahir dari satu konsert dedikasinya kepada Sudirman di istana Budaya sebelum itu.
Tidak berapa tahun lepas konsert tersebut, penyanyi pujaan ramai dan impian teruna dan duda mengakhiri hari anak daranya dengan Dato Khalid Jewa atau sering dikenali sebagai Dato K. Siti Nurhaliza mengahwini Dato K pada hari bernombor cantik Ogos 28, 2006.
Seperti dikatakan oleh mereka di dalam industri muzik dan lazimnya, kerjaya seorang penyanyi wanita menurun selepas kahwin. Populariti dan pendedahan Siti Nurhaliza berkurangan selepas berkahwin. Penampilan pun kurang cantik dan seksinya. Masa anak dara Siti tidak memakai pakaina mendedah-dedah atau tidak sopan tetapi tarikan anak daranya jadi tarikan.
Ramai ingat Siti Nurhaliza terhutang budi dibalas "body" kepada Dato K kerana menolong membantu mengisi penuntun di Dewan Albert London. Dato K dikatakan membelanjakan wang lebih kurang RM1 juta untuk memberi tiket percuma kepada penuntut-penuntut Malaysia di London. Jika tidak, konsert Siti Nurhaliza ini akan gagal dan dewan kekosongan.
Jauh dari pandangan dan pengetahuan ramai, sebenarnya Dato K sudah menghampiri Siti dan mula mencuit hatinya. Siti dilihat ramai sebagai selebriti yang hidupnya terkawal dan terkurung. Tidak ramai kumbang yang dpaat peluang hinggap.
Ada kata, tidak semestinya. Ketika persembahannya di Albert Hall pada April 2hb, 2005, Dato K baru saja mengesahkan perceraian dengan isterinya, Tengku Zawyah. Katanya ianya atas syarat Siti yang tidak mahu jadi isteri kedua dan Dato K mencerainya berdasarkan perjanjian nikah semula pada tahun 2004.
Wallahu alam. Itu tidak ada kaitan isu Datin Seri Rosmah yang ingin kami tunjulkan. Bagi yang ingin mengetahui, sila baca tulisan oleh seorang yang mengakui dirinya wartawan hiburan di sini dan blog ini di sini.
Ketika itu seorang penyanyi bernama Fazley atau juga dipanggil Dr Fazley Yaacob menaruh hati kepada Siti Nurhaliza. Dia telah mula merapati Siti dari persembahan duet yang dibuat bersama untuk Hari Sekretari dari tahun 2004.
Seorang teruna mencari dara. Itu fitrah manusia yang ditentukan tuhan. Bukan teruna mencari teruna atau dara mencari dara. Jauh lagi orang lelaki tua cari budak jambu.
Akhbar hiburan pun menyedari persembahan mereka yang lebih real dari biasa. baca Utusan Malaysia di sini.
Fazley memang ada hati buat Siti dan dia baru mendekati burung perindu yang disimpan baik dalam sangkar oleh keluarga dan diamanahkan kepada anak sulong Ayie dan isterinya Rozie.
Fazley mendapat ide yang tidak difirkan oleh sesiapa di Malaysia ketika itu iaitu untuk mempersembahkan burung perindu ini di Albert Hall London. Fazley Management mengusahakan dan dia akan uruskan konsert ini. Banyaklah peluang Fazley untuk bersama Siti.
baca seterusnya d SINI
Final Chapter !!
Fazley menjalankan tugasnya bagi Putrade Property Management menguruskan konsert Siti Nurhaliza di Albert Hall pada April 2hb 2005 dengan begitu profesyenal. Demikianlah imej yang mahu digambarkan oleh Fazley kepada umum.
Hari ini, Fazley membawa gelaran Dato Fazley dari pingat yang diperolehi dari DYMM Sultan Pahang dari sumbangannnya dalam mengetengahkan anak Pahang kesayangan ramai menyanyi di London. Dia juga terkenal kerana program Masterchef.
Suatu masa Fazley membawa title Dr dari ijazah Phd. Ijazah kedoktoran dan sarjana yang diperolehi dari European Business School, International Irish University.
Fazley memyerlahkan imejnya sebagai seorang anak muda serba boleh yang berbakat, berpelajaran tinggi, dan usahawan berjaya. Baca interview di sini.
Sebenarnya Fazley bukan apa sangat. Apa yang digambar hanya untuk permainan publisiti.
Sebagai penyanyi, pelakun, komposer, dan juruacara, dia bukan berjaya sangat. Syarikat production hanya saloran untuk menerima bayaran dan menolak kos untuk pelepasan cukai.
Peranannya di dalam syarikat Putrade Property Management (PPM) hanyalah sebagai Event Manager. Jadi, apa yang dilakukan bagi Siti Nurhaliza hanyalah aktiviti sambilan untuk .
Ayah Fazley adalah Setiausaha Eksekutif UMNO ketika zaman Tun Dr Mahathir. PPM adalah kontrak untuk membantu ayahnya selepas berkhidmat dengan UMNO.
Fazley pun menjalankan kegiatan kounselling untuk penuntut-penuntut. Dari situ, dia mendapat ide untuk membuka Fazley International College (FICO).
Ini sesuatu yang menganihkan. Prof Ungku Aziz atau Prof Naguib atau mana-mana prof lain yang terkenal pun tidak meletak nama mereka untuk suatu institusi pengajian tinggi. Fazley tidak malu meletak namanya yang lebih dilihat sebagai pop star.
Akhirnya bocor berita di BBC pada akhir Disember 2011 bahawa kolej yang dikelola Fazley dan ijazah Masters dan Phd Fazley adalah palsu dan tidak diiktiraf. Baca di BBC sini.
Fazley pun meletakkan jawatan dari FICO. Baca kisahnya sini
Berbalik kita ke kisah menguruskan Siti Nurhaliza untuk konsert di Albert Hall, Fazley memakan hati ketika itu kerana dia makan hati apabila mengetahui gadis impiannya sudah dipunya hatinya. Baca kisahnya di sini.
Ketika itu, anak kedua Rosmah dengan bekas suaminya, Azrene Soraya Intan sedang berada di London kononnya datang melihat konsert Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall, London. Azrene sudah menetap di London selama 10 tahun belajar dan mungkin sedang mencari pengalaman bekerja sebagai peguam di London.
Kehadiran Azrene disambut oleh "Dr." Fazley yang ketika itu disangka Azrene sebagai penyambut tetamu pada majlis tersebut. Menurut interbiu sini, bermulalah kenalan dan akhirnya bercinta.
Apa yang tidak diketahui ramai adalah "Dr" Fazley sudah mahu mengahwini Azrene dalam dua bukan lepas berkenalan dan secara kebetulan atau terancang, perkahwinan mereka adalah pada awal bulan November 2006, tak berapa minggu selepas Siti Nurhaliza berkahwin dengan Dato K.
Sebagai ibu, yang sudah menjadi isteri Timbalan Perdana Menteri dan mengetahui banyak hal-hal yang berlaku ketika di bawah pentadbiran Tun Abdullah Badawi, Rosmah rasa ada sesuatu tidak kena.
Walaupun bapa Azrene nampaknya tidak menentang, apa salahnya si ibu berasa was-was. Ada pasangan suami isteri yang masih bersama pun ada berbeza pendapat.
Ada banyak yang tak kena mengenai Fazley. Si ibu takuti akan berlaku Fazley mahu mengahwini Azrene dengan segera hanya kerana berbapa mertuakan bakal Perdana Menteri. Ditakuti Fazley mahu meniru ada seorang yang berasal dari Rembau dan menjadi begitu berpengaruh sekali ketika itu.
Katanya Fazley dan Azrene menitis airmata dengan ucapan bapa di hari perkahwinan yang mana 1.000 orang datang dan ramai orang ternama hadhir. Tidak seperti dikatakan Ikmal si mulut puaka dalam video fotnah.
Adakah mereka tersentuh dengan ucapan ayahnya atau sedih ketiadaan ibu Azrene?
Hari ini, bolehlah kata pasangan anak beranak ini bahagia dan anak dah tiga. Ketika itu, salahkah ibunya rasa was-was?
Bukankah was-was ibu itu terbukti kemudiannya bila FICO dan ijazah Masters dan Phd Fazley didapati palsu? Bukan media tempatan yang dedahkan tapi BBC. Tak masuk akal untuk kata Rosmah boleh arah BBC apa mahu dilaporkan.
Jika ibu tidak berkenan lagi, kenapa tidak dipujuk hati si ibu? Kenapa masih teruskan?
Baiklah, selepas berkahwin, kenapa tidak usaha nak pujuk?
Kenapa mesti dihina dan didedahkan keaiban ibu lagi?
Baca d SINI untuk tahu penghujungnya....
+ comments + 1 comments
Dunia oh Dunia.
Post a Comment