Gagal Beri Penerangan, Kerajaan Selangor Sanggup Bazir Setengah Juta Ringgit
KUALA LUMPUR 7 Ogos – Ketua Penerangan UMNO Selangor, YB Abdul Shukur Idrus membidas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan bahawa kerajaan negeri sudah bersetuju untuk mengupah audit luar untuk memperjelaskan isu Talam Corporation dengan bayaran hampir setengah juta hanya semata-mata untuk menegakkan benang yang basah.
Tambah beliau, kerajaan negeri Selangor hari ini sebenarnya cuba menegakkan benang yang basah dan cuba untuk menutup kesalahan mereka dengan pelbagai cara, termasuklah dengan menggunakan pihak ketiga untuk membuat audit tentang isu Talam ini.
“Daripada Isu Talam, isu wang pembelaan Rafizi, isu memasang sepanduk di seluruh negeri Selangor yang langsung tak datangkan sebarang faedah kepada rakyat negeri Selangor, sudah cukup untuk memperlihatkan bahawa kerajaan Selangor betul-betul gunakan wang rakyat dan langsung tidak peduli dengan rintihan dan keluhan rakyat di negeri ini.
“Memang sangat jelas, bahawa kerajaan Selangor hari ini begitu bermaharajalela menghabiskan duit rakyat. Kerajaan Selangor hari ini dengan sewenang-wenangnya guna duit rakyat untuk sesuatu yang tidak membela rakyat, sebaliknya untuk kepentingan politik mereka sendiri,” tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.
Beliau juga amat kesal dengan keputusan kerajaan negeri Selangor untuk mengupah isu pihak ketiga dalam isu Talam ini sehingga mereka perlu menggunakan wang rakyat lebih dari setengah juta yang mana hasilnya belum tentu lagi memuaskan hati semua pihak.
Sehubungan itu, Shukur yang juga ADUN Kuang meminta agar rakyat di Selangor mengembalikan semula pemerintahan Selangor ke tangan BN.
Hari ini beliau yakin bahawa rakyat Selangor sudah dapat melihat dengan jelas, biarpun tidak sampai sepenggal Pakatan Pembangkang memerintah, sudah pelbagai isu yang timbul.
“Saya yakin, rakyat di Selangor boleh melihat sendiri bagaiman belum reda satu isu, isu lain pula timbul. Belum pun selesai isu penyelewengan Talam, timbul pula isu krisis air di Selangor. Dalam isu krisis air di Selangor, kegagalan kerajaan negeri dalam mengurus tadbir membuatkan kerajaan pusat pula terpaksa ambil alih isu air ini, agar rakyat Selangor tidak menghadapi krisis air menjelang tahun yang akan datang.
“Justeru itu saya seru agar rakyat Selangor tidak lagi memberikan undi mereka terhadap kerajaan yang hari ini terbukti telah memungkiri segala janji-janji mereka, tidak mampu untuk mentadbir negeri secara profesional serta lebih mementingkan hal ehwal dan nafsu politik mereka daripada kepentingan rakyat itu sendiri,” kata beliau. -MediaUMNO
Hendak buat penerangan isu pun perlu upah pihak luar?!! Apa, ceramah setiap malam, dicampur lagi dengan tazkirah politik selang terawih masih tidak mencukupi?!! Kami tahu ini semua alasan untuk menyalurkan wang rakyat kepada kroni-kroni.
Jangan ingat rakyat Selangor BODOH macam kaulah Khalid! Begitu mudah dibaca permainan politik puak-puak penyeleweng duit rakyat ini. Apabila pengumuman untuk menggunakan khidmat pihak ketiga bagi menerangkan isu TALAM, maka selepas ini boleh lah bagitahu kepada kroni-kroni untuk cepat-cepat tubuh syarikat bagi masuk tender bukan?!!
Sampai habis RM500,000 duit rakyat ditarah untuk diberikan kepada kroni! Apakah itu nilai yang sepatutnya dikeluarkan untuk mengupah syarikat bagi menerangkan sesuatu isu?!! Bukankah sepatutnya ada tawaran tender terbuka untuk mana-mana syarikat yang berminat bagi memberikan pilihan kepada Kerajaan Negeri untuk menentukan harga perkhidmatan yang lebih kos efektif?!! Bukankah itu yang mereka janjikan sebelum ini?!!
Nampaknya semakin banyak duit rakyat Selangor yang disalurkan keluar kepada kroni Pakatan sebelum mereka hilang kuasa. Dan untuk menutupnya, mereka terus-menerus menabur fitnah dan menjaja janji baru kepada rakyat agar tidak sedar dengan apa yang sedang mereka lakukan.
Macam inilah, ini tawaran terbuka daripada MyMassa; Demi untuk menjimatkan wang rakyat Selangor, kami menawarkan khidmat penerangan isu Talam untuk Kerajaan Selangor dengan nilai kontrak yang hanya 10% daripada nilai yang hendak dibayar kepada kroni-kroni tersebut. Kami berjanji akan menyediakan khidmat penerangan isu yang terbaik untuk Kerajaan Negeri mengikut kepakaran dan pengaruh kami.
Tq-mymassa
Post a Comment