Label 10

Home » » "...SUSAHNYA DS ROSMAH MENEPIS FITNAH..." Dr FATMA

"...SUSAHNYA DS ROSMAH MENEPIS FITNAH..." Dr FATMA

Written By AAKJ on Friday, July 27, 2012 | 2:00 PM



Di sebalik kesibukan memenuhi undangan dan jadual padatnya sebagai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak ketinggalan mendalami ilmu agama bersama tokoh agama terkenal, Ustazah Datuk Dr Fatma El Zahra.

Bertempat di kediaman peribadi Perdana Menteri petang tadi, Datin Seri Rosmah bersama-sama 30 rakan rapatnya mempelajari ilmu berkaitan solat sunat Tasbih daripada Dr Fatma.

Sebelum melaksanakan solat sunat terbabit, Dr  Fatma turut mengutarakan beberapa fadilat atau kelebihan bagi umat Islam yang mengerjakan amalan tersebut.

Dinyatakan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ada mengajarkan kepada bapa saudaranya bahawa kelebihan sembahyang sunat Tasbih itu sangatlah besar sebagaimana hadis Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma maksudnya:

“Jika engkau membuat yang sedemikian itu, Allah menghapuskan dosamu, baik yang terdahulu, yang sekarang, yang sudah lama, yang baru, yang tidak disengaja, yang sengaja, yang kecil, yang besar, yang tersembunyi mahupun yang terang-terangan.”

Di negara ini, perbuatan mengumpat dan menabur fitnah juga berleluasa sama ada di kalangan orang awam, ahli politik, ahli perniagaan atau juga alim ulama.

Seiring dengan peredaran masa, kalau dahulu fitnah dan mengumpat tersebar melalui ceramah dan surat layang, tetapi kini ia tersebar melalui SMS dan e-mel juga laman blog.

Berbicara perihal fitnah dan golongan teraniaya, takzirah yang disampaikan oleh Dr Fatma turut menyentuh kepayahan yang dilalui oleh Datin Seri Rosmah yang terpaksa menepis pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya.

Selepas bersama-sama mempelajari dan mengerjakan solat sunat terbabit, Dr Fatma kemudiannya meneruskan tazkirah Ramadhan yang kebanyakkan inputnya adalah berkaitan fitnah dan golongan teraniaya.

Seperti yang sedia maklum, pelbagai tuduhan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri itu timbul tanpa sebarang bukti yang rasional.

Ekoran itu, dengan memperbanyakkan aktiviti mendalami ilmu keagamaan sedikit sebanyak telah 
membantu Datin Seri Rosmah untuk terus berdiri kukuh dan memberi sokongan kepada suaminya.

sumber: Perak Today
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger