Kali ini konsert tersebut akan diadakan pada 14 Julai 2012 di Sunway Lagoon.
Jom kita tengok artis mana yang akan buat persembahan kat konsert ini.
Dari laman web MTV World Stage Live In Malaysia: http://worldstage.mtvasia.com/lineup.php |
Pergh. Artis K-Pop pun ada! Kalau yang tak kenal group KARA ni, boleh tengok video grup ni.
MyMassa nak tanya sikit....SUNWAY LAGOON NI KAT NEGERI MANA YE?
MyMassa teringat dulu yang PEMUDA PAS pernah bantah konsert ni di buat di Selangor. Konon-konon nak tunjuk mereka pejuang Islam.
Kalau benar mereka pejuang, kenapa tak konsisten bantah BENDA MAKSIAT? Kenapa BERSIH boleh buat sampai versi 3.0 tapi untuk banteras maksiat MTV hanya sampai tahun lepas?
Pemuda PAS bantah Konsert MTV Word Stagehttp://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3550-pemuda-pas-bantah-konsert-mtv-word-stage-
Harakahdaily, 31 Mei 2011
KUALA LUMPUR, 31 Mei: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) membantah penganjuran satu program hiburan bertaraf antarabangsa, Konsert MTV Word Stage di i-City, Seksyen 7 Shah Alam, 24 Julai depan yang dikatakan bertujuan mempromosi bandaraya Shah Alam di peringkat antarabangsa.
DPPNS mahu Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan menarik balik kelulusan program tersebut kerana bertentangan dengan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Selangor.
Ketuanya, Hasbullah Ridzwan (gambar) berkata, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ataupun pengurusan i-City dapat mematuhi garis panduan hiburan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri serta mencari kaedah yang lebih sesuai untuk mempromosi Bandaraya Shah Alam selain daripada menganjurkan konsert secara terbuka.
"Dewan Pemuda PAS Negri Selangor melahirkan rasa kecewa dan terkilan di atas kenyataan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan dalam satu sidang media pada 18 Mei lalu yang mengatakan konsert ini untuk memperkenalkan Bnadaraya Shah Alam di peringkat antarabangsa," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Walaupun konsert maksiat macam ni dibuat menjelang bulan Ramadhan, Pemuda PAS Selangor di bawah kepimpinan Dr. Rani tak berani nak bersuara. Ianya berbeza semasa Dr. Hassan Ali jadi Pesuruhjaya PAS Selangor.
Untuk menutup perlakuan PAS Selangor di bawah kepimpinan baru yang PRO KEMAKSIATAN, maka isu FELDA dimainkan untuk mengalih perhatian umum.Bagi mengukuhkan strategi mereka untuk alih fokus ahli dan penyokong PAS, satu perhimpunan OREN pula dibuat pada tarikh yang sama.
Bila ahli dan penyokong sibuk berdemo di KL, maka mereka terlupa bahawa negeri yang ditadbir oleh PAS sendiri sedang berlangsung konsert K-POP sempena menyambut bulan Ramadan Al Mubarak.
Licik sungguh otak pemimpin PAS untuk menipu penyokong mereka. MyMassa nak tunggu komen Ustaz PAS, Azhar Idrus mengenai KONSERT K-POP di ambang Ramadan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor pimpinan PAS.
*Haram jadah sungguh pemimpin PAS ni. Demi kuasa, maksiat pun mereka 'halal'kan.
+ comments + 1 comments
ustaz idruspun memang sesat..memmang banggang la PAS PKR bodoh pelajaran jer tinggi tp otak mcm batu..islam hanya pada nama tp perangai mcm ..... faham2 kn lah
Post a Comment